Perkara-Perkara Yang Penting Setelah Mendirikan Rumahtangga

Setelah mendirikan masjid (rumahtangga) maka banyak perkara yang perlu dibuat supaya keluarga kita tidak bergantung kepada sesiapa untuk meneruskan kehidupan.

Yang paling utama ialah kita mesti tahu menilai yang mana kehendak dan yang mana keperluan. Dahulukan keperluan berbanding kehendak!

11137109_924964317544809_6685392288273268714_nLangkah pertama ialah kita mesti membuka akaun Tabung Haji (TH) untuk diri kita dan pasangan. Kalau sudah buka akaun, mesti daftar untuk menunaikan ibadah haji. Kalau tak silap saya, duit dalam akaun TH mestilah berjumlah lebih RM1,200 untuk mendaftar haji.

Daftar hari ini, mungkin 30 tahun nanti baru nama kita akan naik untuk mengerjakan ibadah haji. Jadi, sempat kita simpan sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Kalau kita banyak simpanan dan sanggup untuk mengerjakan haji dengan kemudahan pakej maka tempoh menunggu tidak begitu lama. Cuma harga pakej sudah pasti berlipat kali ganda!

Langkah kedua ialah kita mengambil takaful kesihatan. Kepada mereka yang bekerja kerajaan, bolehlah mengambil Takaful Cuepacs. Ia sangat murah dan boleh melindungi seisi keluarga. Ini tidak bermakna kita tidak boleh menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan, bahkan fasiliti di hospital kerajaan adalah yang terbaik! Cuma, kadang-kadang sakit kita yang mendesak dan tidak boleh untuk menunggu giliran yang agak lama (queue) di hospital kerajaan maka hospital swasta adalah pilihan terbaik.

11401471_859081234129731_1997304494346924629_nSetelah kita mendapat anak, langkah yang seterusnya ialah kita membuka akaun TH untuk anak kita pula dan setelah jumlah wang mencukupi untuk mendaftar untuk mengerjakan ibadah haji maka terus daftarkan untuk anak kita pula.

Jangan sekali-kali lupa untuk membuka akaun PTPTN untuk anak-anak kita. Disamping ia boleh mengurangkan kos cukai pendapatan kita, ia juga menjadi tabungan untuk pembelajaran anak kita di universiti nanti. Melihat kepada perbelanjaan negara dewasa ini, peluang untuk anak-anak melanjutkan pelajaran ke universiti berbiasiswa nampak tipis.

Satu lagi ialah kita juga perlu mengambil takaful siswa untuk anak kita. Ia menjadi tampungan kepada simpanan PTPTN yang telah kita buat dan boleh digunakan apabila umur anak genap berusia 18 tahun.

Langkah yang seterusnya, jangan lupa untuk menjadi ahli kepada mana-mana koperasi dan mula mencarum secepat mungkin. Antara koperasi yang baik adalah Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB) dan Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB). Disamping banyak kemudahan pinjaman dan pelaburan yang disediakan oleh koperasi, mereka juga memberi anugerah kecemerlangan akademik untuk anak-anak di dalam peperiksaan besar seperti UPSR, SPM, STPM dan di peringkat universiti jika anak-anak mendapat kelas pertama. Malah, KMMB juga memberi hadiah sebanyak RM2,000 kepada kita sendiri (pencarum) sekiranya kita memperoleh Ijazah Kedoktoran (PhD). KMMB juga memberi anugerah yang sama (RM2,000) sekiranya anak kita berjaya menjadi hafiz atau hafizah (30 juzuk).

11923194_10204631567212996_1818040839346867909_nSaya mungkin tidak sebut tentang pembelian rumah dan kenderaan. Ini pada saya terletak kepada diri kita. Cuma, jangan kita beli yang mahal. Ukur baju di badan sendiri!

Mulakan dengan membeli rumah yang sederhana dulu. Begitu juga dengan kereta. Jangan bebankan diri dan pasangan dengan ‘luxuries’! Lainlah kalau kita mempunyai ibubapa atau mertua yang kaya raya. Pun begitu, bagi saya kita perlu hidup secara sederhana…

Kehidupan kita bukan berakhir di sini tetapi nun di sana!

Langkah yang seterusnya ialah setiap kali kita ke masjid semasa menunaikan solat jumaat, jangan sesekali lupa untuk menghulurkan sumbangan walaupun RM1 ke dalam tabung masjid. Apabila anak kita sudah besar dan ke masjid bersama kita untuk menunaikan solat fardhu jumaat, bekalkan anak kita dengan sedikit wang untuk dia juga bersedekah. Ini akan melentur sikap anak-anak dan memupuk tabiat suka bersedekah di sanubari mereka apabila mereka besar nanti.

10304797_901352656548853_3876092183892602948_nYang terakhir dan yang tak kurang juga pentingnya ialah apabila kita singgah di mana-mana masjid untuk menunaikan solat semasa bermusafir balik kampung atau apa juga tujuan, jangan kedekut untuk menderma setidak-tidaknya RM1 ke dalam tabung masjid. Bayangkan duit kita yang digunakan untuk membayar bil letrik dan bil air bagi mereka yang menunaikan solat berjamaah di situ…betapa besar pahalanya.