Kita Apa Yang Kita Fikirkan…

Saya membaca sebuah buku bertajuk How To Think Like A Millionaire oleh Charles-Albert Poissant. Buku ini agak menarik. Banyak nama-nama mereka yang telah berjaya dalam kehidupan diceritakan kembali. Antaranya adalah Henry Ford, Thomas Edison, Abraham Lincoln, Charlie Chaplin, Soichiro Honda, Ray Kroc dan lain-lain lagi.

DSC00113Dan kesemua kejayaan ini tercapai apabila kita ada ‘faith’ atau kepercayaan. Kita mesti percaya dan yakin pada Allah dan pada diri kita bahawa kita akan berjaya!

Saya tertarik dengan sebuah cerita tentang seorang ahli farmasi berbangsa Perancis bernama Emile Coue’. Suatu hari ada seorang klien beliau yang ingin mendapatkan sejenis ubat. Tetapi ubat ini memerlukan preskripsi. Klien tadi memang seorang yang degil dan tidak mendengar atau makan nasihat.

Emile Coue’ terfikir satu helah. Dia mengesyorkan pemuda tadi mengambil satu jenis ubat yang ‘sama baik’ dengan ubat yang pemuda tersebut kehendaki. Tetapi ubat itu sebenarnya adalah gula-gula.

Pesakit itu datang semula selepas beberapa hari dengan penyakitnya telah sembuh dan sangat teruja dengan kesan ubat tersebut. Apa yang berlaku adalah dikatakan sebagai ‘placebo effect’.

DSC00117Melalui eksperimen ini, Emile Coue’ tidak lagi berfikir panjang tetapi terus mempelopori satu fomula baru yang menyelamatkan beribu-ribu nyawa manusia dan kehidupan mereka.

Every day, and in every way I am getting better and better

Sesiapa yang sakit, dia menyarankan supaya mengulangi formula ini dengan suara mendatar sebanyak 20 kali sehari.

Ya kawan-kawan, apa sebenarnya yang dipelopori oleh Emile Coue’?

Ya…betul! Apa yang Islam ajar sejak lebih 1,400 tahun yang lalu… Cuma mungkin kita kurang yakin dengannya tetapi bangsa lain lebih yakin daripada kita, itu yang dikatakan sebagai conscious dan sub-conscious mind.

Allah menyuruh kita bersangka baik denganNya. Berfikiran positif dan selalu menyebut perkara-perkara yang baik dan positif. Berapa ramai dari kita yang mengamalkannya?

DSC00108Dari Abu Hurairah (RA) berkata, Nabi (SAW) bersabda;
“Allah Ta’ala berfirman, ‘Aku tergantung persangkaan hamba kepadaKu. Aku bersamanya kalau dia mengingatiKu. Kalau dia mengingatiKu pada dirinya, maka Aku mengingatinya pada diriKu. Kalau dia mengingatiKu di keramaian, maka Aku akan mengingatinya di keramaian yang lebih baik dari mereka. Kalau dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekati kepadanya sehasta. Kalau dia mendekati kepada diriKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Kalau dia mendatangiKu dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.” (HR bukhari, no. 7405 dan Muslim, no. 2675)

Oleh itu, marilah kawan-kawan… kita berbaik sangka dengan Rabbul Jalil. Semuanya datang dari Allah. Jauhkan dari berfikiran negatif dan berputus asa! Semuanya boleh dan kita boleh!!!

DSC00122Bayangkan Abraham Lincoln kalah sebanyak 18 kali dalam pilihanraya sebelum dia berjaya menjadi President of the United States of America. Thomas Edison telah melakukan seribu cubaan sebelum dia berjaya menyiapkan sebuah light bulb yang sempurna. Ray Kroc berjaya menyempurnakan resipi McDonald’s apabila dia berusia 52 tahun, yang mana dia telah berusaha selama 30 tahun. Apa yang akan berlaku sekiranya Ray Kroc merasa bosan dan meninggalkan ikhtiar tersebut sewaktu dia berusia 45 tahun?

DSC00129We are not singing the praises of failure, but we do believe that every personal defeat can be an education in itself, at least if it is accepted with an open mind.