Mutaba’ah Imaniah
Selain dari liqa fardi yang dijelaskan sebelum ini, murabbi juga perlu melakukan beberapa bentuk mutaba’ah atau follow-up di luar liqa tarbawi yang rasmi. Di antara mutaba’ah yang penting adalah mutaba’ah imaniah.
1. Tujuan: Mutaba’ah Imaniah secara umumnya bertujuan untuk menjadikan jati diri mutarabbi adalah jati diri mukmin yang hakiki, sehinggalah penghayatannya itu tidak lagi bergantung kepada mutaba’ah.
2. Pebahagian Mutaba’ah Imaniah: Ia boleh dibahagikan kepada dua bahagian
a. Pertama: Yang melibatkan jasad atau anggota badan yang zahir.
b. Kedua: Yang melibatkan amalan hati atau batin.
3. Mutaba’ah Amalan Zahir: (solat, puasa, qiamullail, zikir-zikir, amalan-amalan sunat)
a. Dinilai berdasarkan indikator-indikator yang nyata pada hari-hari biasa (luar musim)
i. Peraturan penilaian dan prosesnya:
1. Pastikan pencapaian prestasi berdasarkan indikator atau petanda yang telah disepakati bersama. Mutaba’ah seperti ini dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun, secara spontan atau dengan pemberitahuan awal.
2. Murabbi jangan ghairah untuk mengetahui nama-nama mereka atau mendedahkan perkara tersembunyi, apa yang penting adalah kekerapan melihat kepada pencapaian dan memberi peringatan terhadap kelemahan atau kecuaian.
3. Dalam petanda amal zahir ini mesti ada
a. Pencapaian secara umum
b. Pencapaian bagi setiap aktiviti
c. Pencapaian bagi setiap peringkat
d. Perbezaan pencapaian semasa dengan pencapaian yang sepatutnya.
4. Sekiranya angka itu mencapai sasaran maka jadikanlah ia sebagai motivasi dan wasilah untuk thabat. Dan jika sebaliknya jadikanlah ia sebagai satu peringatan dan dorongan.
5. Bagus sekali jika data ini dapat direkod dalam exel.
ii. Rekod ini penting untuk memastikan mutarabbi terus maju dan tidak mundur kebelakang.
b. Mutaba’ah berdasarkan aktiviti pada musim-musim tertentu, iaitu pada bulan Ramadhan dan sepuluh hari yang awal dari bulan Zulhijjah.
i. Projek “al-sabiqun al-awwalun” bertujuan meningkatkan keimanan mutarabbi sempena musim ibadat.
ii. Memberikan taklimat untuk menjelaskan aktiviti-aktiviti dan sasaran tertentu seminggu lebih awal dari hari kejadian.
iii. Menyediakan borang penilaian tertentu sebelum “musim” dan dikumpulkan selepas musim atau masa yang ditetapkan untuk mengiklankan natijah dari projek ini.
iv. Indikator kejayaan:
1. Tidak boleh bawah dari tahap “mujtahidun” atau mereka yang berusaha iaitu:
a. Secara berkumpulan 75% keatas.
b. Secara peribadi 80% keatas.
4. Mutaba’ah Amal Hati Atau Batin: Dibahagikan kepada dua bahagian:
a. Amal batin yang terpuji: (ikhlas – mahabbah – ikhbat – khusuk – warak – raja’- khauf – tawakkal – redha –qana’ah – haya’- tawadhuk – iftiqar – yaqin – sakinah – tomakninah – ghirah – muraqabah)
b. Amal batin yang tercela: (hiqd – hasad – riya’ – sangka buruk – cinta dunia – cinta pujian – syarh –takabbur – syak – lalai – menerima syubahat)
i. Sifat-sifat ini tidak boleh diukur kecuali berdasarkan kesan-kesannya sahaja.
ii. Pembinaannya dalam diri individu bersifat “tarakumiyy”
iii. Untuk memastikan ia terus meningkat maka mesti dilaksanakan peringatan dan tazkirah secara berterusan.
iv. Sebahagian dari sifat-sifat ini telah diabaikan atau tidak diketahui maka ia perlu dipelajari dan diingatkan semula.
5. Beberapa Peraturan Dan Panduan Umum:
a. Murabbi mestilah sentiasa bersama mutaba’ah ini. Beliau mestilah memastikan mutabaah berlaku kepada mutarabbinya secara berterusan. Aspek ini sentiasa hadir dalam fikirannya dalam melaksanakan tugas pentarbiahan.
b. Sentiasa mengingatkan mutarabbi tentang menjauhi maksiat kerana tiada manusia biasa yang maksum darinya.
6. Di antara wasilah penting yang membantu tarbiah imaniah:
a. Qiamullail dan berpuasa bersama.
b. Pesanan nasihat melalui e-mail atau surat biasa.
c. Solat di sebuah masjid bersama-sama.
d. Rehlah ringkas bersama-sama seperti berkumpul di tepi pantai sebelum matahari terbenam.
e. Saling memberi ucapan yang boleh membangunkan iman.
f. Mendengar kaset atau rakaman yang boleh membina iman.
g. Mempelajari tentang keimanan lebih dari silibus yang ditetapkan.
h. Kesah-kesah dan poster-poster yang berkait dengan keimanan.
i. Melalui hubungan telefon.
j. Rehlah umrah atau haji.
7. Program Intensif Membina Iman:
a. Solat subuh di masjid yang jauh.
b. Semua mutarabbi melaksanakan solat fardhu secara berjamaah.
c. Solat sunat rawatib yang dua belas rakaat.
d. Qiamullail dengan membaca satu juzuk penuh dalam 11 rakaat.
e. Membaca 10 juzuk sehari.
f. Minggu berlapar.
g. Meneliti blog berkaitan keimanan.