Hari ni ziarah Kak Long di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.
Biasalah kita orang baru belajar…ditengking, dimarah, diherdik oleh orang-orang besar. Yang penting kita sabar!
Cara pengajaran dan pembelajaran (P&P) mungkin berbeza diantara satu bidang dengan bidang yang lain.
Saya mengajar di universiti, menggunakan pendekatan berhemah semasa di dalam dan di luar kelas.
Doktor-doktor pakar mungkin menggunakan pendekatan maki hamun doktor pelatih (Houseman Officer) di depan pesakit dan pelajar perubatan. Mungkin ini lebih berkesan kepada pandangan mereka. Ya lah, mereka ‘deals’ dengan nyawa manusia. Kalau salah ‘treatment’ mati seorang manusia.
Walau apapun cara, ikhlaskan niat kita untuk mengajar bakal doktor supaya ‘confident’, ‘competent’ dan berupaya menjadi seorang doktor yang berwibawa.
Bukanlah kita hanya untuk memperturunkan budaya-budaya lampau, yang belum tentu bagus… Kalau dulu, aku ‘was treated like that, so do you.’
Saya boleh menerima cara pengajaran seperti ini kerana saya telah menjalani 5 atau 6 kursus askar. Kursus pertama saya dalam Rejimen Askar Wataniah ialah Kursus Bakal Pegawai (PO).
Setelah sampai di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) di Tambun, saya disuruh meninggalkan pangkat, sijil-sijil dan ego diri di Balai Pengawal Keselamatan dan mulai dari saat itu, kami dilanyak semahu-mahunya selama sebulan.
‘Changed Parade’ adalah perkara biasa, ‘commando rest’, sepak terajang dan kawad adalah perkara biasa. Pernah sekali, kami ‘lupa’ nak ‘salute’ RSM maka kami dihukum supaya ‘hentak kaki’ berjam-jam lamanya. Terasa mahu terkeluar buntut dibuatnya!
Kursus kedua saya ialah Kusus Ketua Platun, juga selama sebulan. Sebulan di PUSWATAN, saya menerima sumpah seranah mungkin menyamai keseluruhan kehidupan biasa saya.
Seterusnya, Kursus Staff Duty iaitu lebih kepada persuratan dan penggunaan peralatan semboyan. Selepas itu, Kursus Senjata Kompeni dimana pada masa ini, saya berpeluang menggunakan pelbagai senjata, termasuklah M-16, M-203, Styer, LMG, GPMG, Pistol, dan sempat membalingkan dua biji Hand Granade dan sebagainya. Kemudian, Kursus Ketua Kompeni yang dikendalikan keseluruhannya dalam Bahasa Inggeris. Akhir sekali, Kursus Senior Command yang melayakkan saya untuk memakai pangkat Lt. Kol dan ke atas.
Saya sudah lali dengan ‘bloody hell’ askar. Mungkin kerana penugasan kita yang strategis iaitu samaada kamu membunuh atau dibunuh maka ada elemen-elemen ‘bloody hell’ di situ.
Dengan kata lain, apabila ia melibatkan nyawa manusia maka kita dilatih dengan maki hamun supaya kita menjadi seorang yang mempunyai prinsip, berani dan berkeyakinan dalam menjalankan tugas.
Pada saya, mengajarlah mengikut cara penerimaan seseorang. Mungkin ada sesetengah orang memadai dengan teguran berhemah. Ada pula seseorang yang perlu ditinggi dan ditegangkan suara. Dan mungkin ada yang perlu kepada ‘combination of both’.
Kepada para HOs…sabarlah. Dimana-manapun ada cabarannya yang tersendiri. To my beloved daughter, hang in there…you can do it. I love you so much and Good Luck!