Sambungan dari Ustaz Abdul Muhaimin…
Mutabaah ini bertujuan untuk meningkatkan tahap akhlak ahli yang merupakan tanda keperibadian da’ie. Aspek ini amatlah penting dan murabbi mestilah melaksanakan mutabaah di sudut ini secara berterusan walaupun ia tiada dalam manhaj.
Imam al-Tarmizi meriwayatkan dari Abdullah ibnu Mubarak dalam mentafsirkan akhlak yang mulia; “Iaitu wajah yang ceria, melakukan makruf dan menahan diri dari menyakiti (Riadhus Solihin; Bab Akhlak Mulia).
Terdapat akhlak asasi sekiranya ia hilang dari seseorang maka dia tidak sesuai berada dalam soff duat. Pernah dikatakan; “Tidak layak berada dalam dakwah orang yang penakut dan orang yang bakhil”
Akhlak yang terpenting itu adalah:
1. Benar
2. Keberanian dan kegagahan
3. Pengorbanan
4. Amanah
5. Pemaaf
6. Berlapang dada
7. Ukhuwwah
8. Sabar
9. Ikhlas dan tajarrud
10. Kesetiaan
11. Suka orang lain mendapat kebaikan
12. Thabat atau teguh pendirian
13. Taqwa dan muraqabah
14. Pemurah dan mulia
Kekurangan pada mana-mana sifat ini akan menghilangkan dari diri sifat daie. Murabbi perlu menyediakan jadual berkaitan akhlak mutarabbi serta memantaunya. Boleh juga melaksanakan beberapa ujian di lapangan.
Wasail dan Program yang Membentuk Akhlak yang Lurus:
1. Kelas dan khawatir (lintasan hati)
2. Melalui perkhemahan, rehlah dan pemusafiran.
3. Bertemu dengan tokoh.
4. Mendengar keset-keset dll
5. Risalah-risalah: Teks, e-mail dan media elektronik.
6. Aktiviti-aktiviti keimanan secara umum.
7. Laman-laman web.
8. Tugasan membuat kajian.
9. Kuiz dan musabaqah.