Hati Milik Allah…

Pernah tak kita merasakan hubungan sesama adik beradik ada ‘gap’ dan kita cuba melakukan sesuatu untuk merapatkan kembali ukhuwah kita? Pernah tak kita merasakan hubungan ayah dan anak seperti ada halangan di tengah-tengah dan kita mencuba sesuatu untuk meleraikannya? Pernah tak kita merasakan hubungan suami isteri seperti ada ‘hiccup somewhere somehow rather’ dan kita cuba untuk merapatkan kembali hubungan tersebut?

photo_2016-04-28_01-01-25Saya agak pasti, ramai di antara kita yang pernah mengalami suasana sedemikian. Dan sudah barang tentu, kita berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan memberikan hadiah, memberi kad kredit, menaikkan elaun bulanan, menghadiahkan sedozen bunga ros, dan bermacam-macam lagi.

Namun, usaha tersebut tidak sepenuhnya berjaya, Kadang-kadang dia ok dan kadang-kadang dia ko. Dimana silapnya wahai tuan-tuan?

Setiap daripada kita sudah pasti menginginkan suasana hubungan yang mesra, bahagia, malah bertambah intim bagi hubungan suami isteri.

13100681_994176887343554_1584143054447550423_nMalah, makin didekati dan diberikan pelbagai hadiah, makin ia menjadi ribut.

Cuba tuan-tuan perhatikan ayat Allah ini.


Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Anfal : 63)

11987118_923227837724521_3006058347968585565_nPelbagai cara kita buat untuk memperbaiki hubungan. Namun hasilnya masih jauh dari apa yang diidamkan. Hari ini, hubungannya begitu baik dari segi tutur kata, tingkah laku dan budi pekertinya tetapi esoknya, hati ini bagai terhiris dengan sembilu. Begitu pedih sekali…

Kadang-kadang terasa macam mahu ditinggalkan saja untuk mencari suatu kedamaian lain. Tetapi bila difikirkan lagi, itulah cubaan dunia untuk mematangkan kita.

Lantas apa yang boleh kita lakukan?

Pada saya, usaha-usaha murni yang berterusan wajib dilakukan tetapi ia semestinya disusuli dengan doa. Banyakkan berdoa semoga Allah mempertautkan kembali ukhuwah sesama kita.

10509684_10204458048726059_6090777244785567407_nDoa, doa dan teruskan berdoa, insyaAllah.

Mudah-mudahan Allah kembalikan rasa kasih sayang, hormat menghormati sesama kita dan seterusnya melahirkan rasa rindu dendam membara yang mengembalikan perasaan ingin disayangi dan menyayangi sesama kita. Aamiin!