Sambungan penulisan Ustaz Abdul Muhaimin… Pada kali ini, Yang Berbahagia ustaz menyentuh tentang Mutabaah Ijtimaiyyah.
Ia bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan mutarabbi dari sudut kemasyarakatan agar dapat memainkan peranan dakwah yang berkesan.
1. Keluarga
a. Memaikan peranan penting dalam keluarga kecil.
b. Berbuat baik kepada ibubapa dengan khidmat rumah tangga.
c. Membawa bahan bercetak dan pandang dengar.
d. Menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar.
e. Mengepalai kerja-kerja dana amal-amal kebajikan.
f. Membawa anasir baru untuk dakwah dari kalangan ahli keluarga.
g. Saling membantu dalam urusan mendirikan rumahtangga.
2. Sekolah
a. Memainkan peranan dakwah yang berkesan di sekolah.
b. Kecemerlangan dalam pelajaran.
c. Hubungan yang bagus dengan pihak pentadbiran, tenaga pengajar, para pelajar dan kepimpinan pelajar.
d. Terlibat dengan berkesan mengendalikan radio sekolah.
e. Menggerakkan kelab-kelab dan persatuan yang ada di sekolah.
f. Menganggotai jawatankuasa kepimpinan pelajar.
g. Mengedarkan sesuatu yang berfaedah sempena hari-hari kebesaran.
h. Menganjurkan pertandingan kuiz Islami dan kemasyarakatan.
3. Masyarakat umum (kaum kerabat – jiran – teman belajar dan sekerja)
a. Mengambil tahu keadaan dan bertanya khabar.
b. Mengutus surat.
c. Membantu pekerjaan.
d. Melaksanakan kerja-kerja kebajikan.
e. Menyampaikan bahan-bahan media yang Islamik, berbentuk dakwah umum.
f. Memperkenalkan institusi-institusi jamaah dan para pemimpinnya.
g. Melibatkan diri dalam institusi-institusi masyarakat madani.
h. Memberi ucapan-ucapan tahniah secara umum.
i. Turut sama dengan kegembiraan, kesedihan dan program-program masyarakat umum.
j. Mengajar.
k. Membuka dan menganjurkan majlis-majlis tertentu.
l. Menghubung silaturrahim.