Sambungan penulisan Al-Fadhil Ustaz Muhaimin yang seterusnya ialah berkaitan mutabaah urusan kehidupan peribadi.
Mutabaah ini mempunyai dua tujuan:
Pertama: Mengelakkan akh dari terjerumus dalam masalah-masalah kehidupan.
Kedua: Menzahirkan qudwah hasanah dari sudut kewangan dan keperibadian beriman. Oleh itu para murabbi hendaklah mempelajari terlebih dahulu pengetahuan berkaitan psikologi, khususnya berkaitan tahap umur serta mengikuti daurah berkaitan penyelesaiaan masalah.
Wasail dan mekanisma:
1. Mengajar mereka asas-asas pengurusan kewangan;
a. Berbelanja untuk keperluan.
b. Membuat simpanan.
c. Tidak terpengaruh dengan iklan.
d. Bermesyuarat berkaitan perbelanjaan.
e. Asas melaksanakan projek-projek pelaburan.
f. Tips dari media massa berkaitan mengurus perbelanjaan.
g. Hadir kursus-kursus intensif.
2. Latihan amali
a. Menjadi bendahari untuk program-program seperti rehlah dan safar.