Eratkan Ukhuwwah Tautkan Persaudaraan

Semakin hari semakin renggang hubungan adik beradik. Lama kelamaan ukhuwwah sesama adik beradik akan menjadi asing. Bagaimana boleh jadi begitu?

Di awal permulaan pekerjaan, mobiliti mungkin agak mudah kerana anak tidak ramai. Bekerja dimanapun kalau setakat ingin membawa balik isteri dan seorang dua anak beraya di kampong bersama emak ayah, insyaAllah tiada masalah. Kekangan kewangan memang ada tetapi pandai-pandailah ‘adjust somewhere there and adjust somewhere here’ untuk tampung perbelanjaan raya seminggu di kampong.

DSCN0071Kadang-kadang perbelanjaan seminggu di kampong semasa raya merupakan bajet perbelanjaan sebulan di tempat dimana kita berada.

Alah…setahun sekalipun nak berkira. Itu antara alasan yang diberikan untuk kita menelannya. Sengsara dua tiga bulan disebabkan bajet lari selepas itu, tidak perlu dicerita. Pandai-pandailah tanggung sendiri.

Kepada saya yang sudah tiada ibubapa memang tidak menjadi prioriti lagi untuk balik kampong. Tetapi ibubapa isteri masih ada. Apa perasaan dia untuk menemui ibubapanya setahun sekali? Kalau kita pula yang menjadi ibubapa yang tidak dijengok oleh anak menantu, apa perasaan kita?

Itulah dilema kita.

13100681_994176887343554_1584143054447550423_nApapun yang berlaku, kita terus bekerja kuat untuk mencari lebihan wang untuk disimpan supaya amalan balik raya dapat dipenuhi.

Keluarga makin bertambah. Komitmen kewangan juga makin banyak; duit sekolah anak, yuran sekolah, ansuran rumah, ansuran kereta, bil kad kredit, takaful kesihatan keluarga, isytirakat dan berpuluh-puluh tanggungan lain lagi.

Kalau balik raya maka akan ada dua atau tiga perkara yang perlu ditangguhkan pembayaran. Jadi, kena pandai-pandailah imbang yang mana ‘urgent & important’, ‘important but not urgent’, ‘urgent but not important’ dan sebagainya.

DSCN0136Pertimbangan ini sebenarnya merupakan suatu pertimbangan yang bukan calang-calang. Ia merupakan suatu pertimbangan yang akan membentuk neraca pemikiran dan kebersamaan dalam kekeluargaan. Kalau sekali kita tidak balik beraya maka untuk kita tidak balik lagi pada tahun-tahun yang akan datang akan menjadi mudah.

Kita nampak ia seperti isu yang remeh. Tetapi hakikatnya atau kesannya amat besar sekali. Dalam setahun anak-anak cepat berubah. Kalau kita tidak melihat serta menegur sepupu sepapat untuk tiga empat tahun maka peluang untuk kita bergaul mesra dengan mereka selepas itu menjadi tipis.

Kita yang berpangkat bapa saudara atau ibu saudara mungkin tidak begitu bermasalah kerana mereka mengenali kita tetapi hubungan anak-anak kita dengan sepupu mereka akan menjadi semakin jauh dan kurang mesra.

11312215_10206588898744749_146978238_nDulu kita ‘struggle’ cari duit untuk balik beraya rumah orang tua. Sekarang apabila duit dah mula ada, masalah baru pula timbul iaitu tak larat untuk memandu kereta kerana umur sudah semakin tua!

Pada pandangan saya, sekiranya anak-anak kita ingin bekerja atau berhijrah ke mana-mana negeri maka pastikan tempat itu tidak begitu jauh dari kita. Ya, memang betul ‘flight’ ada. Untuk seorang dua mungkin masih gagah untuk naik ‘flight’ tetapi kalau 4-5 orang maka ia akan menjadi beban yang tak tertanggung lagi.

‘Unless’ kita tidak kisah terhadap hubungan ukhuwwah kekeluargaan sesama adik beradik…

10649744_10205856934569928_5422065356955992714_nSaya cuma risau apa yang terjadi kepada saya akan terjadi kepada keluarga saudara. Rumah yang saya duduki sekarang sejak Ogos 2013, hanya beberapa kerat dari keluarga saya yang datang menziarahinya walaupun dibuat majlis kesyukuran dengan menyembelih seekor lembu.

Saya tidak menyalahi mereka. Pertama, mungkin faktor kewangan. Seterusnya, mungkin faktor jarak, masa dan sebagainya. Tetapi yang paling besar bagi saya ialah faktor perasaan ukhuwwah kekeluargaan. Jika tiada lagi perasaan sayang menyayangi dan kasih mengasihi antara sesama keluarga maka hancurlah institusi kekeluargaan tersebut!!!