Wang Adalah Segalanya…

13615276_10209949480556578_6918489360172112864_nAda kawan saya kata, “Wang tidak penting. Yang penting ialah kebahagiaan”. Betul ke?

Bolehkah kita bahagia kalau kita tidak berwang? Nak makan, nak pakai dan nak duduk dimana?

Well, makan la ala kadar aje. Kita bukan hidup untuk makan tapi makan untuk hidup… Pakaian pula bukan perlu barupun. Beli aje kat ‘bundle’, kan murah tu.

Habis macamana pula dengan tempat tinggal? Duduk aje la dekat rumah buruk orang tua di kampung. Kitapun bukan nak hidup lama.

So simple minded. Tapi kehidupan sebenar tidak semudah itu.

Sesetengahnya pula berkata, “Money is not everything but everything needs money”. Duit bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit.

Dalam dunia sekarang semua perlukan duit. Nak hantar anak sekolah perlu duit. Yurannya, tambang basnya, duit makannya, pakaiannya, begnya, bukunya dan segala macam bayaran lagi seperti bayaran aktiviti ko-kurikulumnya dan segala macam lagi. Bayaran anak ke tadika, kadang-kadang lebih mahal dari bayaran anak ke menara gading!

13770413_10209949479796559_1479245495148728510_nHarga makanan sekarang pula agak mahal, lebih-lebih lagi kalau makan di kedai. Harga bahan mentah juga tak kurang mahalnya. Ikan selar kuning yang merupakan makanan orang yang tak berapa berada suatu masa dulu dah naik melambung. Dulu RM1 sekilo tetapi sekarang dah RM8 sekilo. Sama dengan harga ikan kembong atau selar sekilo dulu. Harga ikan kembong dan selar sekarang dah cecah RM16 sekilo. Usah dicakap lagi harga sotong atau ketam sekarang, kalau tak ada RM25 ke atas, tak payah mengidam nak makan seafood. Udang tak payah ceritalah, lagi mahal harganya.

Makanan orang susah suatu ketika dahulu seperti ikan sardin dalam tin Cap Ayam dah RM8 lebih satu tin. Dulu 3, 4 ringgit aje.

Pasar Tani yang suatu masa dulu ditubuhkan khasnya untuk membantu surirumah untuk mendapatkan barangan dengan harga yang rendah. Kalau dilihat sekarang harganya tidaklah semurah seperti yang kita sangkakan.

13709900_10209949479556553_4614105753723124005_nBanyaklah kalau nak cerita tentang keperluan duit sekarang. Duit tambang pergi kerja, duit tol, duit sewa rumah, duit bayaran kereta, duit beli rumah dan bermacam-macam lagi. Itu tak termasuk barang-barang kehendak seperti sewa Astro, wifi, takaful dan sebagainya. Hand phone pula kalau nak dikatakan barang kehendak susah juga kerana sekarang mungkin dah menjadi barang keperluan. Lainlah kalau kita ada lebih dari satu handphone, memang ia dikategorikan sebagai barangan kehendak.

Gaji kita naik tak seberapa tetapi harga barangan naik gila-gila!

Anak-anak pula sekali sekala minta juga nak makan pizza ke, KFC ke, Burger King ke dan sebagainya. Mampukah kita untuk memenuhi kehendak mereka?

Itu baru kita bercakap tentang barang-barang untuk kita. Belum lagi bercakap tentang barang-barang atau wang kita untuk diberi kepada orang lain. Mampukah kita memberi apabila kita tidak mempunyai apa-apa untuk diberi?

13754583_10209949480956588_6162977092194682283_nTetapi janganlah kita langsung tidak memberi sesuatu kerana kita katakan kita tidak punya apa-apa untuk diberi. Pasti ada. Setiap apa yang kita ada, MESTI atau WAJIB diperadakan untuk kita membantu orang lain. Tidak banyak, sedikit tetapi pasti ada! Hak-hak kerabat dan jiran harus ditunaikan. Apatah lagi kalau kita orang Islam, hak sesama saudara Islam wajib kita hulurkan.

Jadi, persoalan pokok tadi “Wang bukan segalanya tetapi segalanya perlukan wang” dan “Wang tidak penting tetapi kebahagian itu lebih penting” bagaimana ingin dijawab?

Pada hemat saya, pencarian wang itu wajar dilakukan dalam rangka untuk kita memenuhi keperluan kehidupan dan membantu mereka yang kekurangan. Tetapi harus diingat supaya kita tidak menjadi hamba wang. Kedua, wang harus dibelanjakan berkadar dengan pendapatan. Berbelanja secara berhemah. Duit yang dapat, jangan dibelanjakan semuanya atau sebaliknya disimpankan kesemuanya. Perlu ada perancangan masa depan untuk pendidikan anak-anak. Mewarisi duit yang banyak kepada anak-anak yang tidak berpendidikan hanya akan memewahkan mereka untuk seketika.

13769406_10209949480396574_4301519399209729294_nYang tak kurang pentingnya juga ialah tunaikan hak-hak kerabat yang susah. Bantu saudara mara kita walau mereka tidak meminta untuk dibantu. Dan yang terpenting sekali bagi saya ialah LABURKAN ATAU GUNAKAN WANG KITA YANG ADA UNTUK SAHAM AKHIRAT. Bercucuk tanamlah di dunia untuk kita ‘harvest’ hasilnya di akhirat.

Akhir sekali, pertanyaan saya ialah bolehkan kita melakukan semua itu kalau kita tidak punya wang?