DariNya Kita Datang Dan KepadaNya Kita Pergi…

Inna lillahi wainna ilaihi raaji’un. Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.

Isteri sepupu bernama Zah (isteri Md. Zali Ibrahim) meninggal dunia hari ini (29 Ogos 2016) kerana sakit buah pinggang. Meninggalkan anak-anak yang masih belajar.

1394367_10153351983695367_287461952_n (1)24 Julai hari tu, suami sepupu (suami Saudah Ibrahim) meninggal di Kemboja. Arwah Abang Omar memang orang Kemboja. Arwahlah yang telah membuat pisau sembelihan untukku.

Tak pasti pula berapa puluh ekor lembu dan kambing telah aku sembelih menggunakan pisau tersebut. Mudah-mudahan ada saham akhirat untuk beliau.

Kesian ibu saudaraku (Hajjah Che Mariam Haji Che Hussin) yang kehilangan kedua-dua menantunya dalam masa yang agak rapat. Hajjah Che Mariam yang ku panggil Mak Su adalah adik arwah bondaku yang bongsu.

“Ya Allah, ampunilah mereka dan kasihilah mereka dan afiatkan mereka dan maafkanlah kesalahan mereka dan muliakan kedudukan mereka dan lapangkan kubur mereka dan bersihkan mereka dengan air salji dan air dingin.”

DSCN0499“Bersihkanlah mereka dari kesalahan sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampung mereka dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarga yang baik.”

“Masukkanlah mereka ke dalam syurga dan lindungilah mereka dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa api neraka.”

Aamiin ya Rabb!