Betapa Bahagianya Apabila Kita Dapat Membahagiakan Orang Lain

Apa yang paling seronok ialah apabila kita dapat memenuhi hajat seseorang. Rasa puas, rasa lega, rasa menghargai dan dihargai dan rasa segala-galanya. Susah untuk digambarkan atau mat saleh kata ‘It’s difficult to describe’. “That’s the fact!”

wan1017Mungkin ada sesetengah manusia yang suka menggagalkan impian atau hasrat seseorang. Tetapi saya rasa ‘percentage’nya agak kecil.

Beberapa minggu lepas, ada kawan yang saya tak pernah jumpa sejak 30 tahun lalu datang menemui saya di Universiti Malaya. Pada ketika itu ada istiadat pentauliahan pegawai kadet PALAPES Universiti Awam.

Kali terakhir saya berjumpa dengan beliau ialah pada tahun 1986 di University of Louisiana, Lafayette, USA semasa kami belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Selang seminggu dua, beliau menelefon saya meminta tolong. Katanya anak beliau lepasan diploma Politeknik Ungku Omar dengan C.G.P.A. 3.20 dan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UTM.

MG_0023Saya menerangkan kepada beliau bahawa semua permohonan melalui UPU dan saya tak dapat membantu kecuali di peringkat rayuan di fakulti.

Keputusan UPU menyatakan anaknya gagal dalam permohonan tetapi saya menegaskan supaya beliau membuat rayuan di peringkat UPU sekali lagi. Ternyata rayuannya juga gagal!

Saya menyuruh beliau menulis surat rayuan pula kepada Ketua Jabatan di Fakulti, ‘in case’ ada yang menolak. Alhamdulillah dengan izin Allah, anak beliau berjaya untuk memasuki kursus pilihannya iaitu Kursus Pentadbiran & Pembangunan Tanah.

DSC00137Hari ini mereka sekeluarga datang mendaftar di Fakulti Geoinformasi & Harta Tanah dan anak perempuannya berjaya mendapat penginapan di Kolej Tun Fatimah.

Pertolongan yang kita hulurkan mungkin kecil pada pandangan mata kita tetapi pengharapan dan kejayaan yang didambakan adalah begitu besar dan bermakna sekali bagi mereka…

Apa salahnya kita membantu? Tak rugipun.

Mungkin ini hari dia, esok mungkin hari kita pula…