Aku Dalam Tentera…

14355088_10210504774558581_1293896180395800421_nInginku ceritakan sejarah aku dalam Rejimen Askar Wataniah, Tentera Darat Malaysia. Sekurang-kurangnya ia akan menjadi suatu nostalgia buatku dan bahan penceritaan anak cucu cicitku nanti.

Cerita askar bukan cerita main-main. Orang tidak masuk askar untuk suka-suka tetapi orang masuk askar untuk mempertahankan negara. Semua orang tahu bahawa tugas askar ialah samaada membunuh musuh atau dibunuh oleh musuh.

Aku telah menyertai latihan ketenteraan di bawah PALAPES UTM sebagai prebet pada tahun 1998. Masihku ingat, pada masa ini Sarjan Burn (Bakar) yang melatih kami selok belok kawad dan sebagainya.

14333184_10210504774838588_4403942493375045898_nPada tahun 1999, kami berempat dari UTM iaitu aku, PM Dr Kamaruddin Kassim, Prof. Dr Nasir Tamin dan Zainuddin Mat Hussin telah menjalani Kursus Bakal Pegawai selama sebulan di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN), Ipoh, Perak.

Alhamdulillah, kami telah ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada tahun 2000 sebagai Leftenan Muda di dalam Rejimen Askar Wataniah. Tanpa berlengah lagi pada tahun yang sama, kami mengikuti kursus Ketua Platun pula selama sebulan lagi.

14370105_10210504775078594_4991504808358519332_nPada tahun 2001, kami datang lagi berkursus di PUSWATAN. Pada tahun ini, kami datang 2 kali; satu kursus Senjata Kompeni dan satu lagi kursus Pegawai Staf Rendah. Untuk kursus Senjata Kompeni, kami berlatih menggunakan pelbagai senjata di Gurun. Senjata seperti M-16, steyr AUG, M-203, LMG, GPMG, mortar, hand granade dan sebagainya didedahkan. Kami berpeluang melontar 2 biji bom tangan. Bagi kursus Pegawai Staf Rendah pula kami didedahkan dengan persuratan askar. Cara-cara membuat surat, mesej, taklimat dan sebagainya mengikut format tentera diajar.

Usia masih muda dan semangat begitu tinggi untuk mempertahankan negara. Pada tahun ini juga, isteri aku melahirkan anak ke enam kami, Wan Abdul Rasyid.

14370150_10210504775318600_5174822054463197732_nPada tahun 2002, aku telah dinaikkan pangkat kepada Leftenan. Pada tahun ini juga aku bersama isteri pergi menunai ibadah haji dan meninggalkan anak ketujuh kami yang baru lahir, Wan Sakinah di usia 52 hari.

Dan pada tahun 2005, aku telah memakai pangkat Kapten.

Kursus yang berbaki, aku teruskan lagi untuk mengikutinya. Pada tahun 2007, aku melengkapkan kursus Ketua Kompeni. Dan pada tahun 2008, aku telah dinaikkan ke pangkat Mejar.

Akhir sekali, aku menghabiskan kursus terakhir iaitu kursus Pegawai Kanan (Senior Command) pada tahun 2009.

13892034_10207657623301076_4485504330968848223_nAku bersama PALAPES UTM sehinggalah tahun 2016 dimana aku dikatakan perlu berhenti perkhidmatan dari Askar Wataniah apabila mencapai usia 52 tahun. Pangkat Mejar untuk anggota sukarela hanyalah sehingga usia 52 tahun sahaja. Aku sempat menghadiri Istiadat Pentauliahan Pegawai Kadet Universiti Awam di Universiti Malaya pada bulan Ogos yang lalu sebagai latihan pentauliahan terakhir buatku.

14054121_10210196420289917_7809197213117291954_nItulah sejarah perkhidmatan aku di dalam Tentera Darat Malaysia.