Lagi Peluang untuk Tambah Saham Akhirat

FamilyPicture-008Satu iklan untuk pelaburan akhirat yang boleh kita manfaatkan. Dalam masa yang menghampiri hujung tahun maka dapatlah kita langsaikan zakat pendapatan untuk kita dapatkan faedah pengecualian cukai pendapatan seadanya. Kata orang “Kill two birds with one stone”.

Kalau kita tak bantu, orang lain juga yang akan bantu.

Cumanya, mungkin apabila kita sudah berada di alam barzakh nanti, kita akan menyesal, merintih kenapa kita tidak dapat meluangkan RM1 sekurang-kurangnya bagi tujuan yang baik ini. Pada masa itu, sesalan tidak berguna lagi. Nilai duit sudah tiada nilai bagi kita tetapi nilai pahala dosa pula yang dikira.

Jom, kita sama-sama membantu! Samah serial sikit2 sore…..
—————————–€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€————————————-
Assalamu’alaikum wrth wbth,🌷

WAKAF UMUM DIPERLUKAN DALAM PENUBUHAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH RENDAH AL-HIDAYAH MANJUNG DI SERI MANJUNG, PERAK.

Tuan/Puan,

💠Mendepani perkembangan dunia pendidikan dan arus dunia, terdapat keperluan untuk menawarkan sistem persekolahan integrasi akademik dan diniyah.

💠Bagi memenuhi keperluan tersebut, pada tahun 2017, Sekolah Rendah Al-Hidayah Manjung (SRAH Manjung), Seri Manjung akan mula beroperasi dengan pengambilan murid Tahun 1, insyaAllah.

💠Sekolah ini menggunapakai sukatan kurikulum nasional serta model IKRAM-MUSLEH, seperti yang dilaksanakan di SRI Al-Amin, SRI Aman, SRI Al-Islah, SRI Hidayah JB dan semua lebih 40 cawangan sekolah-sekolah IKRAM-MUSLEH di seluruh negara. Ia akan diurus sepenuhnya oleh IKRAM Kawasan Manjung, insyaAllah.

💠 IKRAM Manjung dan SR Al-Hidayah Manjung mengalu-alukan tuan/puan untuk bersama-sama kami dalam usaha ini dengan menghulurkan sumbangan kewangan mengikut kemampuan.

💠Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan ke:

MAYBANK ISLAMIK
5582 9361 9993
[Tabung Pendidikan Sekolah Rendah Al-Hidayah Manjung]

E-mail: dana.srahmanjung@gmail.com

(Mohon hantarkan penyata bank-in/transfer melalui Whatsapp atau Telegram ke 013-473 4983 (Bendahari, Tabung SRAH Manjung) untuk direkodkan.

💠 Tuan-puan juga boleh menyumbang kepada SRAH Manjung melalui bayaran zakat. Zakat ini boleh dibayar secara “one-off” atau menggunakan potongan cukai berjadual (PCB) dalam jangkamasa panjang. Resit rasmi Majlis Agama Negeri akan dikeluarkan untuk tujuan pelepasan cukai pendapatan. Penerangan lanjut tentang cara dan proses sumbangan melalui ini boleh diberikan jika perlu. Sila berikan nombor HP supaya sesi penerangan boleh diaturkan.

📌Untuk segala pertanyaan, sila hubungi:
013-8045608
Encik Zuhairi Abdul Karim
AJK Pendidikan IKRAM Kawasan Manjung.

💠Semoga Allah memberkati setiap sumbangan kita terhadap pengembangan Islam, khususnya dengan usaha penawaran pendidikan berintegrasi di SRAH Manjung ini nanti.

Jazakumullahu khairan kathira 🌷🌷