Tidak Semua Perkara Ditangan Kita…

anuwebometricWe can only do so much. The rest is up to the person who organizes it.

Itulah apa yang aku rasa terhadap banyak perkara sekarang ini. Kalau kita banyak bercakap pun, orang tidak suka. Tidak ramai orang suka dengar komen kita walaupun teguran kita ikhlas.

Well, it’s easy to say that you’re welcome to give some suggestions or to recommend some improvement to make it better. But not many people can swallow the advice.

Aku dah maklumkan kepada pengarah supaya dibuat kursus penyeliaan yang pertama. Dah hampir dua tahun aku graduat di peringkat PhD tapi belum satu kursus yang dapat aku hadiri. Semester lepas ada satu tawaran untuk kursus, aku memaklumkan kepada pihak SPS bahawa aku ada kelas master yang perlu diajar di Kuala Lumpur pada tarikh yang sama. Aku memohon supaya tarikh tersebut ditukar kepada tarikh yang lain tetapi biasalah birokrasi kita, ‘senyap sunyi tidak berjawab’ adalah lumrah kita.

WED_1195Semasa cuti semester panjang baru-baru ini aku suarakan lagi melalui grup telegram PKA (Persatuan Kakitangan Akademik), dengan harapan supaya ada ‘back-up’ PKA. Bagi aku, masa cuti panjang inilah, segala mak nenek kursus boleh dibuat kerana kita tiada kelas. Tetapi hmm… bagai anjing menyalak bukit.

Peraturan baru menyatakan setiap pensyarah perlu melalui 3 kursus bagi melayakkan dia untuk menyelia pelajar PhD. Sebelum ini, peraturan ini tidak wujud!

Peraturan baru juga menyatakan bahawa untuk seseorang pensyarah boleh memohon kenaikan pangkat kepada Profesor Madya jika sudah ada pelajar penyeliaannya lulus PhD.

DSC00326Peraturan juga menyatakan bahawa bagi seseorang staf boleh memohon kenaikan pangkat, apabila markah prestasi tahunannya mestilah melebihi 80% untuk 3 tahun berturut-turut. Aku dapat markah 80% lebih untuk tahun 2013 dan 2015 tetapi hanya 78.7% untuk tahun 2014.

Markah aku untuk tahun 2014 ini agak lucu! Mungkin lucu bagi sesetengah orang tetapi bagi aku amat menyedihkan sekali…langsung tiada budi bicara dikalangan pembesar fakulti.

Aku telah memaklumkan kepada Timbalan Dekan (TD) supaya menaikkan markah aku kerana aku telah menulis dalam webometric. Kalau tak dapat 80% lebih, 80% is good enough. Apa jawab TD? Awak kena contact Pengurus IT fakulti untuk memasukkan markah webometric.

Aku hubungi Pengurus IT, jawabnya; “Oh, En. Wan dah terlepas tarikh, dah tak boleh masuk dah markah!”

DSC00325Ada juga aku luahkan perasaan… kalau markah students kita boleh naikkan dalam mesyuarat fakulti at the last stage tapi markah pensyarah kita biarkan saja. Alangkah zalimnya kita sesama kita…

Tup tap tup tap, tiba-tiba nama aku diisytiharkan sebagai Johan Webometric acara individu di peringkat universiti bagi tahun 2014.

Aku merasa sangat sedih kerana aku juara webometric di peringkat UTM tetapi markah tidak dinaikkan untuk aku mendapat 80%. Itulah tuan-tuan, hakikat kehidupan. Pada siapa ingin aku merayu lagi? Sudah aku maklumkan kepada TD dan Pengurus IT. Perlu aku ketengahkan pula kepada Dekan, TNC dan NC?

Akhirnya, aku pasrah. We can only do so much!!!