Membuat Pemasaran Kursus Di Kolej Matrikulasi

14563364_10210977174048273_487347220815778620_nPada 4 – 5 November hari tu, membuat pemasaran kemasukan ke UTM di Kolej Matrikulasi Melaka pula menggantikan Dr Nadzri Jaafar (Ketua Jabatan). Semua universiti awam mengambil bahagian untuk menarik minat pelajar-pelajar ke universiti masing-masing. Sebelum ni (21 – 22 Oktober), dah pergi ke Kolej Matrikulasi Kelantan bagi tujuan yang sama.

Antara soalan yang favorite ditanya ialah adakah kursus ini mudah untuk mendapat kerja?

Jawapan saya mudah aje. Dapat tak dapat kerja, kita minta doa dengan Allah. It depends on rezeki kita.

14908313_10210977173808267_7371487491519397908_nYang penting sekarang ialah belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang akan berlangsung dalam masa 2 minggu lagi di Kolej Matrikulasi ini. Kemudian pilihlah kursus yang bersesuian dengan minat kita. Kita tak nak suffer the rest of life bekerja dalam bidang yang kita tak minat.

Tetapi make sure kursus itu bersesuaian dengan result matrikulasi kita. Jangan pilih kursus mekanikal umpamanya jikalau result kita hanya 2.50. Minat satu hal, result satu hal.

Berkaitan persoalan ada kerja, tak ada kerja pula, jawapan saya mudah saja.

Pakcik balik belajar dari USA tahun 1986. Tanya JPA, dia kata tak ada kerja. Jadi, saya balik semula ke USA untuk membuat Master.

12360294_1251346618214832_159838495201703938_nKemudian kembali semula ke Malaysia pada tahun 1988. Juga tak ada kerja! Jadi, apa tindakan pakcik? Yang pasti, pakcik tidak duduk saja.

Pakcik beli botol budu, kicap dan cuka dengan harga RM0.20 = 5 botol. Kemudian pergi jual kat kedai RM0.05 sebotol. Mujur ada kereta arwah bapa mertua, boleh pinjam untuk angkut botol-botol. Kadang-kadang bawa botol naik bot aje ke Kota Bharu.

Selepas itu, pakcik kerja pula dengan developer menjadi site supervisor iaitu memasang longkang dari taliair ke tengah sawah. Projek ini di bawah KADA (Kemubu Agriculture Development Authority). Sawah di tengah-tengah tak sampai air. Gaji RM500. Kerja 2 bulan dari 7 pagi hingga 7 petang, tetapi malangnya penjaga stor si askar pencen tuduh saya makan rasuah. Apa lagi berhentilah kita.

14666058_10210588319408392_119876213361692286_nKemudian tahun 1990 dapat jadi guru sandaran di Sekolah Menengah Vokasional Tanah Merah, bergaji RM1,110. Seterusnya pula menjadi Research Officer di Pusat Penyelidikan Dadah & Ubat-ubatan, USM. Gaji semakin meningkat kepada RM1,230. Akhirnya, pada tahun 1995 dapat menjadi pensyarah di UTM hingga kini.

Dengan kata lain, fenomena tak ada kerja ni bukan perkara baru… Yang penting ialah kita pilih kursus yang diminati bersesuaian dengan kelayakan result matrikulasi kita. Dan yang teramat penting ialah berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan kita peluang pekerjaan yang baik.

Pun begitu, janganlah pula kita memilih pekerjaan. Ceburilah apa bidang sekalipun untuk meraih pengalaman. Seterusnya barulah kita mengintai peluang dan ruang yang ada…