Hadis kegemaran Tan Sri Muhyidin Yassin sekarang ini ialah berkaitan dengan mengubah kemungkaran.
Maksud hadis lebih kurang; “Apabila kita melihat sesuatu kemungkaran maka hendaklah kita ubah dengan tangan, jika tidak mampu ubahlah dengan lisan, dan jika masih tidak mampu maka kena ada lintasan dalam hati bahawa kita tidak suka angkara tersebut dan itulah selemah-lemah iman.”
Hasil ingin mengubah kemungkaran itu, maka mahar yang dibayar oleh Tan Sri begitu besar, iaitu terlucut jawatan Timbalan Perdana Menterinya, hilang segala kemudahan yang datang bersama jawatannya dan hilang juga kawan-kawan yang selalu berada di sekelilingnya.
‘Fair enough’ kita kata, dia dah lama merasa segala kenikmatan dalam jawatannya. Maka dia susah sikit sekarang oklah tapi tak ada lah susah macam rakyat jelata yang lain.
Yang aku paling tak tahan nak gelak ialah ada juga di kalangan manusia yang boleh tarik diri dari group WhatsApp atau telegram apabila ramai yang complain pasal harga minyak naik, minyak masak naik, pasal 1 MDB dan segala masalah kepincangan negara dari segi tadbir urus yang baik.
Kalau yang undur diri itu dari kalangan yang kurang berpendidikan, ok juga lah tetapi yang undur diri ini ialah sang profesor.
Pada aku, mungkin dia tak kisahpun harga barangan naik kerana dia bergaji JUSA. Orang yang bergaji JUSA ini, elaun dia saja sama dengan gaji aku. Pendek kata, gaji bulanannya lebih kurang RM18,000.
Kedua, kalaupun begitu takkan dia tak ada perasaan kesian kepada sanak saudaranya yang berhempas pulas tulang 4 kerat di kampung untuk menyara sesuap nasi?
Ketiga, mungkin dia merasakan tidak perlu bersuara untuk mengubah kemungkaran kerana apa yang kerajaan buat perlu ditaati sepenuhnya. Inipun ada sesetengah pandangan yang hanya sami’na waata’na dengan segala tindakan kerajaan walaupun sesetengah tindakan itu menyusah dan membebankan rakyat.
Telahan saya yang keempat ialah dia merasakan tak guna untuk bersuara kerana ia tidak ke mana. Hanya menghabiskan masa dan tenaga saja.
Kelima, dia merasa takut untuk bersuara kerana nanti periuk nasi terjejas.
Pada saya kelima-lima reasons ini adalah valid. Dengan kata lain ia bertahap dengan keimanan seseorang. Kalau kita merasakan bahawa rezeki itu datang dari manusia maka sangat valid untuk kita takut kepada pemerintah. Tetapi kalau kita mempercayai bahawa segalanya Allah SWT yang punya maka kita tidak segan untuk menegur atau berkata benar. Lagipun agama kita bersandarkan kepada pesan memesan dan tegur menegur diantara satu sama lain.
Kalau tak mahu bersuara kot ya pun, tak perlulah exit group yang mana menunjukkan betapa tak pedulinya kita kepada keadaan ekonomi dan masa depan negara. Kalau cerdik pandai tak mahu bersuara kepada siapa lagi nak kita harapkan supaya bersuara? Hmmm…
Sayangi negara kita. Insafi masa depan anak cucu kita.