Hujung Tahun Datang Lagi

Hujung tahun selalunya meresahkan bajet kita. Banyak bayaran yang perlu dibuat.
Yang paling penting ialah pendaftaran anak-anak di sekolah menengah dan sekolah rendah. Bermacam-macam yuran yang dikenakan; yuran tahunan, yuran bulan Januari, yuran lembaran kerja, yuran sukan, yuran takaful, bayaran buku dan sebagainya. Setiap seorang anak, beribu jumlahnya!

wed_1189Pada tahun depan, aku ada 3 orang anak di sekolah menengah dan seorang anak di sekolah rendah. Masing-masing di Tingkatan 4, 3 dan 1, dan seorang di Darjah 3. Entah berapa ribu kena bayar di penghujung bulan Disember nanti. Sesetengah orang mengambil jalan mudah dengan mengeluarkan anak-anak mereka dari sekolah swasta dan memasukkannya ke sekolah kerajaan. Apakan daya, sudah tidak tertanggung lagi…

Gesa mereka lagi, “Kita dulupun dari sekolah kerajaan juga.”

Ya lah, kita seboleh-bolehnya ingin memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak. Mana-mana yang boleh ikat, kita ikatkan dulu. Yang mana boleh kita ‘sacrifice’, kita ‘sacrifice’kan dulu. Yang penting pengajian anak-anak tidak terganggu.

dscn0083Yang tak kurang penting juga towards the end of the year ialah untuk membayar zakat pendapatan sebelum akhir tahun ini bagi mendapatkan rebat cukai pendapatan. Empat atau lima ribu kena dicari bagi tujuan ini. This is another headache for ayah untuk menyelesaikannya.

Kesesakan ini jarang diketahui keluarga. Beritahupun sama juga.

Apa yang mereka tahu, bila nak beli baju dan seluar sekolah, duit pasti ada. Nak beli kasut, uniform ko-kurikulum sekolah, duit tersedia.

Jarang keluarga yang faham tentang betapa terdesaknya di waktu ini, melainkan keluarga yang datang dari keluarga susah.

dscn0101Pada ku masa susah bermula dari sekarang sehinggalah bulan Mac tahun depan. Bulan April nanti, dia mula stabil kembali dan kita hanya belanja ikut rutin saja. Menuju hujung tahun sibuk dengan membayar pendaftaran sekolah, zakat pendapatan dan sebagainya. Manakala, di awal tahun pula terpaksa selesaikan cukai pintu, cukai tanah, cukai pendapatan dan segala jenis hutang piutang.

Year in year out begitulah saban tahun.

Itupun nasib baik, aku dan isteri jenis yang tak suka menukar baju. Dua, tiga tahun sekali tak pernah beli baru. Underwearpun dah puas isteri berleter, baru aku beli sekotak. Kali terakhir beli, mungkin 10 tahun yang lepas.

Pendekata, duit banyak habis untuk anak-anak aje. Program sekolah anak-anak bermacam-macam dan semuanya memerlukan duit. Kembara Rohanilah, Lawatan Sambil Belajarlah, Mukhayyamlah, dan bermacam-macam lagi. Dan semuanya tahap WAJIB. Maka, nak tak nak terpaksa jugalah mengeluarkan duit untuk program tersebut.