Kadang-kadang kita tersedar di malam hari. Apa yang kita buat selepas itu? Mungkin kita bangun untuk buang air kecil dan kemudian sambung balik tidur.
Beberapa minggu kemudian, kita tersedar lagi tetapi tindakan kita sama aje. Bangun kencing dan tidur semula.
Kita tidak merasakan itu adalah kejutan dari para malaikat untuk kita bangun solat malam. Tidak ada rasa keluarbiasaannya. Sekadar terkejut untuk bangun kencing.
Sebenarnya apa yang berlaku lebih dari itu. Kita dibangunkan tanpa kita ‘set alarm’. Sungguh mahal nilainya, kalau kita amati…
Apalah sangat jika kita terus berwudhu’ selepas kencing dan meneruskan dengan 2 rakaat solat tahajud. Kemudian disusuli dengan sekurang-kurangnya 1 rakaat solat sunat witir jika kita masih belum melakukan malam tadi selepas solat Isya’. Kata orang, alang-alang dah masuk bilik air.
Hargailah kejutan-kejutan seperti ini atau mungkin kita tidak akan dikejutkan lagi…