Semakin Hari Semakin Tidak Selamat

Segala apa yang ada di masjid ingin dijadikan bahan koleksi bagi pencuri. Beberapa hari yang lepas seorang ahli jamaah Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn telah dipecah cermin sisi keretanya di waktu Subuh. Beliau kehilangan ‘handphone’nya disamping barangan yang lain.

15541650_10211429293030965_3567311238400920008_nSegala apa yang ada di masjid menjadi tarikan kepada mereka yang kurang iman. Daripada duit tabung masjid, beg dan barang kemas para jamaah dan sehinggalah selipar tandaspun menjadi target para pencuri.

Selipar yang dibeli dengan elok terpaksa dicacatkan supaya ia tidak menjadi sempurna untuk mengelakkan dari dicuri. Sesetengahnya dipotong bahagian atas supaya ia nampak cacat. Sesetengahnya pula dipotong di bahagian bawah. Dengan kata lain, tiada selipar yang sempurna di tandas masjid. Kalau ada yang sempurna, pasti selipar itu tidak akan bertahan lama.

Kalau zaman dulu, terompah menjadi pilihan untuk ke tandas. Mungkin harga terompah sekarang tidak semurah dulu.

Sekarang kita ada pilihan lain untuk menggantikan selipar yang tidak cukup sifat dengan selipar waqaf. Selipar ini tertera perkataan waqaf masjid dan surau yang cukup besar.

15622724_10211429294150993_680946192134024573_nIa adalah satu inovasi yang baik bagi menyediakan selipar waqaf dengan harapan tiada yang sanggup mencuri selipar sebegini.

Kegiatan mencuri yang semakin berleluasa ini bolehkah kita kaitkan dengan keadaan ekonomi masyarakat yang semakin tenat? Juga bolehkah kita kaitkan dengan harga barang yang semakin meningkat naik? Atau kurang pengawasan dari pihak berkuasa?

Fikir-fikirkan…