Ziarah Prof DIBO

15590076_10211450214593991_9047913467880249786_nZiarah menziarahi adalah suatu amalan yang dituntut dalam Islam. Kita menjalankan aktiviti ziarah mungkin untuk menjalinkan persahabatan. Mungkin juga kerana menziarahi orang sakit. Walau apapun tujuan dan matlamat kita, ia merupakan suatu sunnah yang amat digalakkan.

15542207_10211450215834022_5445988903776032474_nKelmarin dulu (kata orang Kelantan that is refering to the day before yesterday), saya telah menziarahi Prof Dr Ismail Omar di Hospital Kulai pada waktu melawat tengahari. Beliau mengalami ‘mild stroke’ pada 17 Disember lalu.

Sekarang Prof sedang ‘recovering’ dan berehat di hospital.

Melalui kata rakan sejawat (Dr Robiah) yang menziarahi beliau pada hari ini pula, isteri Prof DIBO iaitu PM Dr Aminah akan membawa Prof DIBO ke IJN setelah di’disharge’ besok. Katanya lagi, kalau ingin ditunggu untuk dibuat ‘operation’ di HSAJB mungkin akan lambat, ‘probably available’ pada bulan Februari depan.

Didoakan agar Prof DIBO kembali sihat seperti sediakala insyaAllah dan dapat terus menyumbang kepada negara amnya dan UTHM khasnya. Aamiin!

Di UTM sekarang, barangkali setiap minggu ada yang sakit dan tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa setiap bulan ada yang meninggal dunia. Pada saya, ia bukanlah sangat menunjukkan satu kanotasi buruk yakni staf makin ‘stress’ dengan kerja untuk mengejar KPI dan sebagainya tetapi ia menunjukkan bahawa UTM ‘is moving towards an aging society’. Populasi UTM makin ramai yang tua.

15578434_10211450213833972_6948427800867260264_nPun begitu, agak susah juga untuk kita menegakkan fakta tersebut.

Bukan apa… kerana yang meninggal itu dalam lingkungan umur 50an, sedangkan kita punya ‘life expectancy’ sudah meningkat tinggi berbanding dengan zaman dahulu. Well, mungkin sebab-sebabnya adalah a combination of all the factors. Sebab tu sikit, sebab ni sikit dan lama-lama mati.

Teringat kata-kata kawan saya semasa menaiki kenderaannya ke Mesyuarat Agung IM Koop beberapa hari yang lalu. Katanya, “Dulu kita dengar kawan-kawan ayah dan ibu kita yang pergi menuju ke alam baqa. Sekarang ibu dan ayah kitapun dah tak ada dan yang kita dengar sekarang ialah kawan-kawan kita pula meninggal dunia. Dan yang pasti ialah kita juga akan menyusul…

Didoakan semoga Allah memberikan pengakhiran yang baik buat kita semua, insyaAllah! Aamiin.