Beberapa minggu sebelum ini, pihak Sekolah Islam Hidayah (SIH) ada bertanyakan samaada saya akan datang atau tidak ke Majlis Penghargaan Hidayah. Saya mengatakan insyaAllah saya datang.
Minggu lepas, saya mendapat panggilan sekali lagi menanyakan samaada saya datang berseorangan atau dengan isteri. Saya menjawab insyaAllah dengan isteri.
Pada pagi 25 Disember 2016, saya dan isteri menghadiri Majlis Penghargaan Hidayah 2016 di Dataran Amanah, Sekolah Rendah Islam Hidayah. Program berlangsung seawal jam 8.30 pagi dengan acara pendaftaran. Majlis selesai dengan jamuan makan tengahari sekitar jam 12.
Pada tarikh ini juga, anak ke 8 saya Wan Abdullah Syakir berumur genap 12 tahun.
Banyak hadiah diberikan kepada staf Hidayah, baik dari Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) mahupun dari Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH). Pada tahun ini juga, ia merupakan julung-julung kali SRIH Batu Pahat bersama-sama dengan kita dalam majlis penghargaan ini.
Majlis diserikan lagi dengan cabutan bertuah. Banyak hadiah-hadiah disediakan oleh para penderma. Kalau tak silap saya bilangannya seratus lebih. Macam-macam ada. Ada flat screen TV, gelas, cawan, tupperware, nenas, kerepek nenas dan jus nenas dan bermacam-macam lagi. Pemenang cabutan bertuah yang paling bertuah ialah Ustazah Sanati yang telah memenangi emas yang bernilai RM1,500.
Dengan berlangsungnya majlis penghargaan ini didoakan semua staf Hidayah semakin komited dengan tugasan mereka dan akan berusaha ke arah kecemerlangan Hidayah yang lebih gemilang.
Pada hemat saya, terlampau ramai yang telah menyumbang kepada pembangunan Sekolah Islam Hidayah ini. Ada yang menyumbang dalam bentuk wang, ada yang menyumbang dalam bentuk tenaga dan tak kurang juga yang meyumbang dalam bentuk doa.
Akhir sekali, marilah kita sama-sama memohon kepada Allah SWT supaya amal dan bakti kita yang pernah dicurahkan di Hidayah ini dikira sebagai sebahagian dari amal soleh akhirat nanti insyaAllah. Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.