Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn

Setahun berlalu selepas Masjid Sultan Iskandar (MSI), Bandar Dato Onn (BDO) mula digunakan pada 26 Disember 2015. Kalau tidak silap saya ia dimulakan dengan solat subuh.

15665757_10211511661650129_6962520245602123269_nAlhamdulillah, nampak ia semakin dimakmurkan dan diimarahkan dengan pelbagai aktiviti. Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan terlampau banyak jika ingin disenaraikan. Ia termasuklah iftar di bulan Ramadhan, qiamullail, ibadah qurban, majlis ilmu hampir setiap malam, kuliah subuh untuk hari jumaat, sabtu dan ahad, dan banyak lagi.

Aktiviti yang terdekat ialah sambutan majlis maulidurrasul pada 29 Disember 2016, Khamis ini. Program bermula seawal pagi sehingga ke jam 10 malam.

Sesiapa yang berkesempatan bolehlah sama-sama memeriahkan suasana. Ada kuliah, ada makan-makan, ada program derma darah dan sebagainya. Jemput datang!

15726285_10211511661570127_3876152577279837931_nMasjid yang indah ini juga menyediakan fasiliti untuk mengadakan majlis walimah. Ramai juga yang telah melaksanakan majlis walimah mereka di sini. Mereka yang berkahwin di sini mungkin mengambil peluang untuk bergambar di sekitar MSI yang begitu indah dan menarik sekali.

Masjid ini juga boleh dikatakan ‘children friendly’ yang mana kita amat galakkan supaya ibubapa membawa anak-anak mereka ke masjid. Cuma, ibubapa seharusnya berupaya untuk mengawal kebisingan dan kenakalan anak-anak supaya tidak mengganggu konsentrasi jamaah lain yang ingin beribadat.

Masjid juga menyediakan ruang dan peluang kepada para jamaah untuk menyimpan untuk masa depan (akhirat). Kalau kita tidak menabung dari sekarang, mana mungkin kita mengaut hasilnya nanti.

Apapun, jom kita biasa-biasakan dengan masjid!