Kadang-kadang saya merasa jealous apabila melihat ada rakan-rakan dari jabatan lain atau fakulti lain boleh berganding bahu, bantu membantu dalam memenuhi kehendak universiti. Ya lah universiti semakin hari semakin ke depan. Banyak penerokaan ke bidang-bidang baru. KPI individupun semakin bertambah apabila universiti ingin berada dalam ranking terbaik dunia.
Manusia secara fizikal dan mental diciptakan tidak sama. Ada yang bulat, ada yang pendek, ada yang bengap dan ada yang cerdik. Manusia secara individu tidak mampu menerajui negara tetapi manusia secara berkumpulan mampu menakluk sesebuah negara lain.
Kadang-kadang saya terfikir dan berkata kepada diri sendiri, “Bagaimana khilafah Islam ingin memerintah, jika kita satu jabatanpun tak boleh organize dan hidup bersatu padu?” Memang manusia mempunyai kelainan dan sudah pasti sentiasa berbeza pendapat. Tetapi kalau kita boleh bersetuju untuk tidak bersetujupun sudah cukup baik!
Kalau satu jabatan tak ada kesatuan, apalah nak diharapkan pada satu fakulti dan seterusnya lagi, apalah nak diharapkan pada satu universiti.
Universiti pula, masing-masing ingin menonjolkan fakulti masing-masing. Oleh itu, bila seseorang dari satu fakulti yang berada di atas maka ramailah dari fakulti tersebut yang diangkat naik memegang tampuk pentadbiran universiti. Ini biasa, tiada peliknya. Kita pasti ingin orang yang kita kenal bersama kita menguruskan sesebuah institusi.
Cuma neraca pertimbangan kita perlu betul dan adil. Anak-anak kita ramai dan pelbagai perangai. Ada yang suka mengadu dan meminta kepada ibubapa dan ada juga yang tak kisahpun. Kalau kita tak peduli kepada yang tak kisah dan menganggap dia sudah berbahagia maka telahan kita mungkin kurang tepat. Mungkin tanggapan si anak bahawa ibubapanya tidak peduli kepadanya akan disimpan di sanubari dan dibawa sampai ke mati.
Well, ikutlah tafsiran masing-masing dan nilailah seadil-adilnya.
Contoh seorang manusia yang tidak menilai dengan betul adalah seperti cerita ini.
Ada seorang hamba Allah yang menilai tesis PhD. Orang yang dinilai itu pula giat juga pergi berdemonstrasi. Demonstrasi di depan Kedutaan Amerika, di depan Kedutaan Mesir dan sebagainya. Disebabkan si penilai tadi tidak menyukai dengan perbuatan pelajar tadi maka dia ‘fail’kan tesis tersebut.
Di sini kita boleh bertanya kepada si pemeriksa tersebut, adakah dia menilai tesis atau dia menilai aktiviti sampingan pelajar tersebut?
Sesungguhnya Allah SWT menilai akan segala perbuatan kita!