Rumah PR1MA

cyberjaya_lakefront_perspectivesSaya hanya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekalian. Beberapa tahun yang lalu, saya telah mendaftar secara ‘online’ untuk mendapatkan rumah PR1MA. Bila kita mendaftar sebegini, tiadalah besar sangat harapan kita untuk dishortlisted.

Minggu lepas, saya mendapat mesej mengatakan rumah yang saya pilih di kawasan tersebut akan diadakan pengundian.

Semalam saya mendapat lagi mesej mengatakan saya berjaya dalam pengundian tersebut.

cyberjaya_lakefront_perspectives_2Ini mesejnya. “Terima kasih kerana telah memohon PR1MA @ Cyberjaya Lakefront, Sepang (Selangor)
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah berjaya dalam proses pengundian bagi kediaman PR1MA @ Cyberjaya Lakefront yang telah dijalankan oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).
Proses pengundian dikawal selia oleh juruaudit bertauliah daripada Deloitte Enterprise Risk Services Sdn. Bhd bagi memastikan ketulusan proses pengundian tersebut.
Tuan/Puan akan dihubungi melalui emel/SMS untuk jemputan bagi pemilihan unit dan proses seterusnya oleh Lakefront Residence Sdn. Bhd secara berperingkat berdasarkan giliran undian.”

kl4072-_c10_community_centre_eyelevel_view_02Sayapun tak pasti adakah ini benar atau sekadar mainan pihak tertentu. Sekiranya benar, alhamdulillah.

Walau bagaimanapun saya ada semak di website perumahan tersebut dan ada tertera nombor rujukan saya. Alhamdulillah!

Kepada sesiapa yang belum mendaftar untuk mendapatkan rumah PR1MA, eloklah berbuat demikian. Lebih-lebih lagi kepada anak-anak muda yang baru tamat belajar. Daftarlah, tak ada apa-apa cajpun yang dikenakan.

kl4072-c10-community-centre-eyelevel-view_02Yang penting pendapatan kita tidak mencapai RM10,000 sebulan semasa kita mendaftar. Dan kita boleh pilih 3 negeri yang menjadi lokasi pilihan rumah kita.

Selamat mendaftar!

Sekadar bercerita… Ada bekas pelajar saya yang berbangsa cina dan beliau memberitahu saya bahawa beliau memiliki dua buah rumah di Taman Pulai Perdana; satu rumah murah (low cost) dan satu rumah teres 2 tingkat. Saya bertanya bagaimana beliau boleh eligible untuk rumah low cost. Katanya, selepas saya graduated dulu saya kerja dan gaji saya kecil dan itu membuat saya layak untuk membeli rumah murah. Pemikiran orang cina lebih kedepan berbanding dengan orang kita.

map4Orang kita mungkin berfikir, kenapa aku nak beli rumah murah? Pelajar saya tadi tinggal di rumah teres 2 tingkat dan disewakan rumah murahnya. Sewaan yang diperoleh dari rumah murah mencukupi malah berlebihan untuk membayar ansuran bulanan rumah tersebut.