Pertama, kupanjatkan doa semoga Tok Ayah termasuk dalam golongan ahli syurga dan diberi rahmat Allah sentiasa. Dan didoakan Tok Ayah aman di sana. Aamiin!
Tok Ayah dilahirkan pada 04/04/1944 dan pergi menemui Penciptanya pada 01/10/2016 bersamaan 29 Zulhijjah 1437 dalam usia 72 tahun.
Allahumma Rabbiqfirli Waliwaa Lidayyaa Warhamhumaa Kama Rabbayaani Saghiraa.
Mudah-mudahan coretan ini dapat diambil pengajaran oleh anak-anakku terutamanya.
Tok Ayah pada pandanganku, dari perspektif menantu sulong adalah seorang yang berpendirian tegas dan berpandangan jauh.
Beliau seperti generasi lama yang lain amat menghormati institusi beraja. Pada beliau, Sultan Kelantan terdahulu iaitu Sultan Ismail Petra adalah Sultan yang masih berhak kepada negeri Kelantan. Pandangan beliau mungkin bersesuaian dengan sesetengah pandangan bahawa selagi Sultan yang masih ada dan belum mangkat maka dia tetap menjadi Sultan. Mungkin juga pandangan Tok Ayah bersesuaian dengan pandangan Islam bahawa anak wajib mentaati kedua ibubapanya. Itu hanya telahanku, mungkin betul dan mungkin salah.
Aku teringat suatu masa dahulu sekitar tahun 1989, aku pulang ke rumah ibuku di Palekbang berseorangan dan meninggalkan isteriku di rumah orang tuanya di Pengkalan Chepa. Jiwa masih muda, hati masih panas dan aku bertekad tidak akan pulang ke rumah mertuaku selagi isteriku masih berkeras ingin mendiami di rumah orang tuanya.
Betapa Tok Ayah memahami naluri hatiku, pada petang tersebut beliau telah datang menghantar isteriku. Subhanallah, aku kagum dengan sikap Tok Ayah!
Tok Ayah memang orang kerajaan. Beliau penyokong tegar BN. Tetapi beliau juga sepertimana aku katakan tadi adalah orang kuat istana. Apabila Ku Li menubuhkan Parti Semangat 46, beliau mula pudar dengan BN.
Aku pula walaupun bersaudara dengan mantan Menteri Besar Kelantan Allahyarham Tan Sri Mohamed Yaacob, pandangan politikku sedikit berbeza. Tan Sri amat rapat dengan bapaku. Aku masih ingat semasa arwah bapaku meninggal dunia pada tahun 1981, arwah Tan Sri datang menziarahinya di Palekbang.
Walaupun ideologi politik Tok Ayah dan aku sedikit berbeza, kami tidak pernah mengalami masalah. Sebabnya kata Mat Salleh, we agree to disagree. We can talk about politic but at the end of the day, we have our own opinion and conclusion.
Bercakap tentang Tan Sri Mohamed Yaacob, aku pernah datang ke pejabatnya iaitu Pejabat Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990 dengan tujuan untuk mendapat restu atau recommendation sebelum proses interview Assistant District Officer (ADO) di Kelantan. Dari segi kelayakan memang aku terlebih layak kerana memiliki Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar & Desa dari University of Louisiana (1986) dan Master of Regional & Community Planning dari Kansas State University (1988).
Perlantikan Pegawai Tadbir Negeri (PTN) kebiasaannya mesti mendapat restu dari pihak istana. Pihak istana pada masa itu, tidak serasi dengan kerajaan negeri Kelantan (BN) kerana berlawanan dengan Ku Li yang telah menubuhkan Semangat 46 pada tahun 1989. Dengan adanya pergolakan politik pihak istana dengan kerajaan negeri maka Wamakaruu Wamakarullah Wallahu Khairul Maakirin (Kita merancang dan Allah merancang dan Allah lah sebaik-baik Perencana).
Tok Ayah memang seorang yang berprinsip. Walaupun beliau agak rapat dengan Pengelola Istana pada masa itu, arwah Nik Aznan tetapi beliau tidak ingin meminta tolong supaya menantunya mendapat jawatan ADO.
Tok Ayah memang seorang yang menghormati ketua. Tok Ayah pernah menceritakan kepadaku bahawa beliau selalu diajak keluar malam oleh seorang DO untuk berbual-bual dan balik ke rumah pukul lebih 12 tengah malam, kadang-kadang sehingga pukul 1 atau 2 pagi. Pukul 8 pagi keesokan harinya, DO tersebut mendapati Tok Ayah masih belum ada di kerusi pejabatnya. Dia (DO) memaklumkan kepada staf yang lain supaya memberitahu Shaari (Tok Ayah) bahawa ini pejabat kerajaan dan bukan pejabat mak bapaknya. He should be on time.
Tok Ayah ada pride. Tok Ayah tidak mahu ke hulu ke hilir menumpang rumah anak menantunya. Pada aku dengan duit pencen seorang Office Assistant (OA), jawatan kerani yang paling tinggi dalam kerajaan, kehidupan Tok Ayah sudah boleh relaks. Tetapi Tok Ayah tidak suka hidup hanya dengan mengharap belas ihsan dari anak menantu. Anak menantu hendak beri duit, Tok Ayah tidak pernah tolak.
Tok Ayah masih bekerja walaupun sudah berpencen. Itupun adalah kerana permintaan Datuk Wan Hashim Wan Daud, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk membantunya menguruskan khazanah mantan Sultanah Kelantan. Apapun, pada ku Tok Ayah adalah seorang yang workaholic. Sebelum itu, Tok Ayah bekerja di Pusat Aktiviti Warga Emas diatas permintaan Tuan Haji Roomai Nor Ali, mantan Pengarah JPJ Kelantan.
Tok Ayah tidak pernah meminta. Aku teringat, suatu hari Tok Ayah menyatakan kepadaku bahawa dia hendak mengupah orang memagarkan tanahnya di Bukit Mas. Dan katanya lagi, kosnya adalah RM1,000. Aku faham maksudnya. Aku mengeluarkan wang RM1,000 dari Tabung Haji dan berikan kepadanya bagi tujuan tersebut.
Tok Ayah tidak berdendam. Dia mudah memaafkan orang dan apa yang berlaku sebelum ini let bygone be bygone, as simple as that.
Tok Ayah tersangat sabar dengan penyakitnya. Walaupun mempunyai segala penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, gout dan batu karang, Tok Ayah tidak pernah mengeluh dengan kesakitannya. Teringat kata-kata Tok Ayah, “Allah telah lama memberi nikmat kehidupan kepada ayah…jadi apalah sangat penyakit ini”.
Tok Ayah tidak akan menyusahkan orang lain apabila dia sakit dan dia amat sabar menahan kesakitan sehinggalah kesakitan itu tidak tertahan lagi. Pernah suatu ketika, Tok Ayah sakit dari malam hari tetapi hanya dikejutkan aku untuk membawanya ke Hospital Sultanah Zainab di awal pagi apabila kesakitannya teramat sangat.
Tok Ayah banyak membuat kerja-kerja kebajikan, baik di peringkat negara mahupun di peringkat taman perumahan. Tok Ayah pernah berkeretapi ke Thailand membawa masuk rakyat Kemboja ke Malaysia. Dulu ada kawasan penempatan rakyat Kemboja di Padang Tembak, Pengkalan Chepa.
Tok Ayah juga menubuhkan Badan Khairat Kematian Taman Seri dan juga Badan Kebajikan Masjid Taman Seri. Banyak paperwork yang telah dibuat bagi menjalankan kedua-dua badan tersebut dan Tok Ayah menjadi pusat rujukan penduduk jika berlaku permasalahan.
And last but not least, yang paling aku respek ialah tahajjud Tok Ayah. Tok Ayah bangun malam setiap malam sekitar jam 4.30 – 5.00 pagi dengan bertahajjud dan membaca al-Quran without failed. This is what I really respected him very much.
Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa’afihi Wa’fuanhu!