Reaksi Pelajar Diatas Keputusan Peperiksaan Akhir

2 contoh reaksi pelajar setelah mendapat keputusan subjek mereka…

###########################################################
Good Morning Dr Wan 😊
Saya xxxx dari 4SGHL
maaf sebab ganggu masa ni,
saya harap Dr boleh remarks paper rural planning saya
saya memang put afford and concentration study on final exam paper ni dengan harapan boleh dapat A…
saya harap Dr boleh tolong…sebab result ni penting bagi i utk maintain CGPA saya,
saya memang sentiasa berfocus masa Dr mengajar dan tidak pernah absence class rural planing…
harap Dr boleh tolong~
saya juga nak ucap terima kasih segala ilmu dan pengalaman yg Dr share~
Dr boleh contact me any time when u need my help^_^
thx Dr!
##########################################################
I m yyyyy (4SGHU)
Thank you sir for your support throughout this semester. The grade really gives me confidence to move on to the next semester.
😁😁
##########################################################

Dua orang pelajar tersebut merupakan pelajar-pelajar saya dari 2 kelas yang berbeza. Satu kelas untuk pelajar-pelajar jurusan Pentadbiran dan Pembangunan Tanah manakala satu kelas lagi untuk pelajar-pelajar jurusan Geometik atau Ukur Tanah. Kedua-duanya, adalah pelajar bukan melayu.

Pada saya, pelajar-pelajar bukan melayu ini sangat berani dalam menyatakan pendapat atau pandangan mereka. Mereka mencuba, kalau dapat naik markah alhamdulillah. Tak dapat, tak mengapa. No harm done!

Pelajar kita juga susah untuk menzahirkan perasaan terima kasih. Lihat kenyataan pelajar india dari kelas 4SGHU di atas. Betapa dia menukilkan rasa terima kasih beliau kepada saya. Walaupun beliau tidak mendapat gred A pun tetapi kata-katanya begitu bermakna kepada sesiapa yang membacanya. Begitulah sepatutnya pelajar-pelajar yang lain juga berbicara.

Elok juga di sini saya terangkan bagaimana saya menilai kertas peperiksaan pelajar.

Pertama, sekiranya ada 6 soalan dalam peperiksaan tersebut, saya akan membaca soalan pertama dahulu. Kemudian saya akan menilai kesemua jawapan kepada soalan pertama itu satu per satu. Kalau ada 63 orang pelajar maka saya akan membaca jawapan pelajar-pelajar yang menjawab soalan pertama. Seterusnya saya menilai soalan kedua dan memeriksa sesiapa yang menjawab soalan kedua. Kemudiannya, soalan ketiga dan seterusnya sehingga soalan ke 6.

Saya tidak memeriksa kertas jawapan satu per satu secara keseluruhan. Maksud saya, saya tidak mengambil satu kertas jawapan dan memeriksa semua soalan sekali gus. Saya takut kerana kalau saya berbuat demikian skema saya mungkin tidak konsisten. Oleh itu, saya tengok semua kertas yang menjawab soalan satu dulu, kemudian soalan dua pula dan bila habis semua yang menjawab soalan dua maka saya periksa jawapan soalan tiga pula dan begitulah seterusnya.

Membaca jawapan esei pelajar ini tidak mudah. Ada yang mempunyai tulisan cantik dan seronok kita membacanya. Tidak kurang juga yang mempunyai tulisan cakar ayam dan ayat yang sukar difahami. Tetapi kita cuba juga untuk memahami sedaya yang mungkin.

Apabila selesai menanda kertas, kita mencampur markah yang diperoleh. Kebiasaannya, saya memberi 6 soalan untuk pelajar-pelajar memilih 4 soalan untuk menjawabnya. Dan selalu saya sebutkan, pelajar tidak perlu menjawab lebih dari 4 soalan. Tetapi pelajar-pelajar kita ingin mencuba nasib, kadang-kadang mereka menjawab 5 soalan dan mengharapkan kita mengira 4 markah yang terbaik.

Terus terang saya nyatakan bahawa saya akan membaca empat yang pertama sahaja dan yang selebihnya saya terus pangkah. Ia adalah make sense kerana kebiasaannya kita akan menjawab soalan yang kita dapat jawab dahulu kemudian di akhirnya soalan yang kita kurang arif dan sebagainya.

Setelah dicampur markah Peperiksaan Akhir dengan markah Kerja Kursus maka saya akan melihat mana-mana markah yang berakhir dengan 4 atau 9. Jika terdapat markah yang sedemikian, saya akan naikkan satu markah. Contohnya, markah 54 maka saya akan jadikan 55 atau markah 79 maka saya akan jadikan 80.

Ini adalah kerana sistem kita di UTM menggunakan sistem julat, yakni 80-89 (A), 75-79 (A-), 71-74 (B+), 65-70 (B) dan seterusnya.

Pada saya, itulah tahap ‘ihsan’ yang ada pada pensyarah.

Pelajar di bawah ialah pelajar saya yang tamat pengajian ljazah Sarjana semester ini.

15976969_10211726080210459_6657716198880713360_n16142977_10211726080450465_7103049126744848632_n