Car Free Day?

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada UTM kerana bergerak ke arah kebersihan alam dengan mengadakan kempen Car Free Day. Suatu usaha yang baik dan sewajarnya disokong oleh semua orang.

DSCN0166Tetapi biasalah, kita boleh mengajak orang untuk membuat sesuatu tetapi belum tentu dia akan ikut kita. You can bring the horse to the water but you can’t force the horse to drink it. Begitulah kata-kata Mat Salleh…

Setiap usaha yang baik pasti ada halangan atau rintangannya. Tetapi yang paling utama pada saya ialah niat kita. Adakah kita melancarkan program ini betul-betul kerana sedar akan kepincangan alam persekitaran kita dewasa ini dan ingin memperbaikinya atau hanya ingin membuat publisiti kepada negara dan dunia. Kita lancarkan, ambil gambar dan masukkan dalam media masa dan selepas itu apa nak jadi, lantak dialah. Then we follow up bit by bit.

DSCN0178Selepas niat yang luhur dan ikhlas, individu-individu dalam organisasi yang melaksanakan program ini iaitu staf UTM Campus Sustainability seharusnya menjiwai program ini. Mereka perlu nampak lebih kedepan, lebih prihatin dan lebih serius berbanding dengan staf fakulti lain dan sebagainya. Kalau orang lain hanya ber‘car free day’ sekali sebulan tetapi staf UTM Campus Sustainability sewajarnya ber‘car free day’ sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Tunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada mereka yang lain.

Yang seterusnya pula ialah dari segi nama atau panggilan kepada program. Perlukah kita letakkan nama sebegitu “Car Free Day” dalam meraih penglibatan staf. Pada saya nama programpun nampak macam menyusahkan kita, jadi buat apa aku ‘join’? Program pertama Car Free Day bagi tahun 2017 ialah pada 19 Januari lalu. Apa yang saya perhatikan ialah semua bilik-bilik pensyarah gelap pada hari tersebut. Sangkaan baik saya ialah mungkin mereka mengambil cuti untuk menyemak kertas soalan Peperiksaan Akhir di rumah masing-masing.

carfreedayBegitu juga pada masa ia pertama kali dibuat pada bulan Disember 2016 dulu. Pun sama, ramai staf bercuti duduk di rumah.

Pada saya, nama perlu ditukar supaya nampak positif dan bertujuan untuk kebaikan kita semua. Contohnya ialah ‘Hari Sihat UTM’. Semua orang hendak sihat. Dengan berjalan kaki tanpa berkenderaan sedikit sebanyak sudah pasti akan menyihatkan kita.

Seterusnya, fasiliti untuk mandi di fakulti perlu disediakan. Di Malaysia, cuacanya hot and humid, dan sudah pasti akan berpeluh bercucuran selepas aktiviti berjalan atau berbasikal.

DSCN0128Walau bagaimanapun, faktor cuaca tidak boleh menjadi alasan untuk kita tidak berbasikal. Cuba lihat negara Belanda atau the Netherlands, berpusu-pusu masyarakat mereka berbasikal. Kalau hendak dijadikan alasan, mana mungkin mereka berbasikal di dalam cuaca yang cukup sejuk. Saya pernah melihat seorang ibu membonceng basikal yang mana anaknya diletakkan di dalam raga di depan dalam cuaca yang cukup sejuk. Ini berlaku di Amsterdam. Saya yang berjalan kakipun terasa angin sejuk.

Oleh itu, kata Mat Salleh lagi, “If there is a will, there is a way”.

Fasiliti untuk membawa naik basikal ke atas tren juga disediakan di the Netherlands. Ada tempat khas untuk meletakkan basikal tersebut.

DSCN0177Seterusnya lagi, sesi penerangan perlu dibuat kepada semua staf dan pelajar. Apa baik dan buruknya, Car Free Day. Jangan kita mengharapkan mereka boleh faham sendiri setelah kita melaksanakannya. Contoh yang paling mudah ialah, ramai orang menentang peraturan Hudud kerana mereka tidak faham tentang peraturan tersebut. Apa yang dimain-mainkan oleh media ialah potong tangan, rejam dengan batu, dan lain-lain lagi. Tidak dijelaskan pula akibat perlaksanaan hukuman itu, rumah, kedai dan harta mereka akan menjadi lebih selamat. Rakyat hidup aman damai tanpa adanya pencuri, perogol dan perampas harta kita.

Saya ingin melihat program Car Free Day ini berjalan lancar dan bertambah baik dari tahun ke tahun. Setidak-tidaknya ini merupakan sumbangan kita kepada anak bangsa yang akan datang.

Selamatkan planet dunia dari kerakusan manusia…