Anak-anak kita membesar tanpa kita sedar.
Masa mereka kecil, kita dokong mereka ke sana sini. Kita beli ‘toys’ untuk mereka walaupun ia merupakan ‘toys second hand’. Itupun yang kita mampu. Kalau di ‘oversea’ seperti di US atau UK, bukan setakat ‘toys’ aje yang second, third hands, malah baju seluar juga kita beli di ‘carboot sale’, oxfam shop dan sebagainya. Yang penting, ia branded but cheap. Kasut yang digemari adalah berjenama clarks, baik untuk kanak-kanak mahupun kita orang dewasa.
Di luar negaralah, kita beri anak-anak kita makan macam-macam. Kebablah, strawberrylah, peaches, pears, cherry, coklat, aiskrim dan segala jenis mak datuk.
Bawa anak-anak ke parks, bersiar-siar sambil tengok bunga yang mekar. Naik permainan yang ada seperti slides, swings, jongkang jongkit, merry go round, dan lain-lain.
The best part of it ialah menolak push chair anak.
Dari rumah, mula-mula masukkan push chair, makanan, jacket ke dalam kereta. Kemudian bawa kereta ke park. Selepas parkir kereta ditempat yang bersesuaian, maka kita keluarkan push chair dan pasang dengan betul. Apabila siap dipasang maka kita letaklah anak kecil di dalam push chair. Yang besar, kita pakaikan jaket dan topi dan biarkan ia bergerak bersendirian.
Setelah penat bermain maka kita keluarkan bekalan makanan yang dibawa. Kadang-kadang nasi goreng bersama keropok. Ada juga spaghetti atau macaroni goreng dan bermacam-macam lagi. Orang lain pergi park nak bersenam, berjogging dan sebagainya tetapi kita pergi park untuk ber’picnic’.
Melayan anak mengejar burung merpati, rama-rama, itik dan binatang-binatang lain menjadi rutin yang sungguh mengasyikkan. Melayan mereka bagai menatang minyak yang penuh…
If I were to be young again, I would do the same thing again and again. Kadang-kadang membawa anak di dalam ‘carrier’ yang dilekapkan ke badan sungguh teruja sekali. Anak didakapi secara otomatik di dada kita dan pergerakan sungguh mudah untuk ke sana sini.
Well…those days won’t come again. What has been passed is gone forever. It won’t come back. Just imagine how nice it was, myself, my wife and the kids walking in the snow, then tried to build a snowman. And the worst part was that if you have to drive in a snow. It’s so slippery that you can’t easily stop the car or maneuver to the left or right.
Kenangan masa lalu sungguh manis dan indah untuk dilakarkan. Masa kita muda, ibu masih ada. Pada masa itu, perasaan ingin membahagiakan dan menggembirakan ibu, isteri dan anak-anak. Tiada yang lain.
Apabila kita sudah lama bekerja, usia semakin tua dan anak-anak semakin besar. Lama-kelamaan mungkin kita tersedar bahawa anak sudah mahu berkahwin. Betapa pantasnya masa berlalu.
Akhirnya kita pula bergelar Atuk…