Cedera Hati Ibu

Terharu mendengar usrah radio IKIM pagi ini… (Based on true story). Seorang usahawan berjaya selalu memberi wang dan menziarahi ibunya tetapi ibunya masih terasa hati dan teringat peristiwa dahulu kala semasa ibunya tersalah membasuh seluar jeansnya…

Jeans telah luntur warnanya dan jeans itu juga dibeli hasil gaji pertamanya. Perkataan “orang tua tak ada otak” begitu terpahat di hati ibu biarpun peristiwa itu sudah puluhan tahun berlalu.

Ibunya sangat susah untuk memaafkannya sehinggalah pada hari ketiga si usahawan memohon kemaafan… dengan mata yang bengkak dek tangisan barulah si ibu boleh untuk membiarkan peristiwa itu dimaaf dan diampunkan. Ibu mana tak sayangkan anak tetapi panggilan anak kepadanya dikala si ibu masih muda dan si anak belia remaja…cukup-cukup mengguris hati ibu.

Hasil mendapat kemaafan dan restu ibu, 2 orang anak usahawan berjaya yang tidak pernah menegurnya dan selalu masuk bilik tanpa mempedulikannya tetapi sekembalinya dari rumah ibu setelah mendapat kemaafan dan berjalan masuk ke rumahnya… tiba-tiba kedua-dua anaknya menyerbu dan menghulur tangan mohon kemaafan dari segala apa yang berlaku sebelum ini.

Si usahawan menghulur tangan menerima kemaafan dari anak-anaknya sambil mendongak ke langit dan melafazkan kata syukur kepada Allah SWT diatas segala yang berlaku.

Moga sesiapa yang masih punyai ibubapa sentiasa berbuat baik dan mohon kemaafan dari mereka. Redha Ibu adalah redha Allah.