Labbaikallahummalabbaik…

Pengalaman melaksanakan ibadah haji pada tahun 2003, kemudian umrah pada tahun 2008 dan kali ketiga ke Tanah Suci insyaAllah pada tahun ini, 30 Mac hingga 8 April 2017. Walaupun dah ada pengalaman, tetapi ilmu perlu diperbaharui dan ditambah. Jangan kita bongkak dan sombong, mendabik dada bahawa ilmu sudah penuh. Perlu lagi baca buku, pergi kursus umrah dan sebagainya.

Kita bukan pergi melancong tetapi kita pergi untuk beribadah. Dan sudah pasti doa, harapan dan impian untuk mendapat umrah yang mabrur menjadi idaman. Ya Allah, Engkau anugerahlah umrah yang mabrur buat isteri dan diriku ini. Aamiin ya Rabb!

Cuma mungkin ilmu yang saya boleh kongsi dengan tuan-tuan hasil dari pengalaman ialah JANGAN bawa pakaian banyak-banyak. Mungkin memadai dengan kain pelikat 2 helai, seluar slack sehelai, baju kemeja sehelai dan yang lain-lain ialah seluar dalam 3 helai, baju pagoda 3 helai, t-shirt 3 helai dan jubah sehelai. Kain ihram 3 helai (sekali pakai 2 helai iaitu satu untuk di atas dan satu lagi untuk di bawah, baki sehelai hanya in case jika ada satu yang terkotor.)

Kita boleh basuh sehelai dua pakaian kotor semasa mandi di hotel. Kalau malas, boleh aje basuh di laundrette.
Biarpun kita tak pernah pakai jubah. Tetapi di sana, kita akan terdorong untuk sentiasa berjubah. Jubah extra, kita boleh beli di sana dengan kualiti dan harga yang berbeza.

Saya pernah beli jubah dengan harga semurah SR8 dan seluar untuk pemakaian jubah berharga SR5 semasa tahun 2003 dulu. Tetapi sekarang semua barang sudah naik harga. Baju PAGODA dulu tak sampai RM10 tetapi sekarang sudah RM15 sehelai…

Pandai-pandailah berjimat cermat…

Akhir sekali, saya pohon ampun dan maaf diatas segala kesalahan saya dan isteri. Dan jika ada sebarang hutang piutang, boleh pm tepi. InsyaAllah, saya akan jelaskan. Doakan kami suami isteri mendapat umrah yang mabrur insyaAllah. Aamiin ya Rabbal ‘Alamin!