Pada 25 dan 26 Mac, aku melaksanakan tugas di UTM City Campus, Kuala Lumpur, iaitu pada hari ini dan besok.
Sebaik mungkin aku cuba mengurangkan perbelanjaan dengan menaiki bas dari Larkin ke TBS. Dari TBS menaiki lrt ke Masjid Jamek dan dari Masjid Jamek bertukar lrt ke Damai. Bas dari Larkin mengikut jadualnya bergerak jam 7.45 pagi. Tetapi di Malaysia ini, jarang benar perjalanan atau pergerakan berlaku ‘on time’.
Dari Damai saya panggil Grab tetapi pemandu Grab nampak berputar-putar untuk mengambil saya. Dari nama yang tercatat, nampak ia seperti orang asing (mungkin berbangsa Bangladesh). Jadi saya cancel Grab.
Sebenarnya dari handphone kita, kita dapat melihat pergerakan kereta yang akan mengambil kita. Masa ketibaan juga diberikan. Tetapi kereta yang sepatutnya datang nampak seperti tidak tahu jalan dan berpusing ke sana ke sini dan nampak semakin jauh dari kita.
Kebetulan ada seorang pelajar UTM SPACE yang memanggil perkhidmatan UBER mengajak saya untuk menaiki bersamanya. Pun begitu, apabila tiba di UTM saya tetap membayar RM5 kepada pelajar tersebut yang mana sepatutnya saya membayar kepada perkhidmatan Grab yang telah saya panggil.
Di UTM, saya menginap di BATC dengan tujuan membantu UTM. Walaupun bilik agak sempit tetapi dengan harga RM96, ok lah jugak. Kalau tinggal di luar UTM, mungkin ada yang lebih murah, sebagai contoh di Residensi UTM di Kg. Baru hanya RM55. Rakan saya dari Fakulti Alam Bina menginap di Hotel di kawasan Chow Kit dengan harga RM100 termasuk sarapan dan wi-fi.
Walau apapun dalam keadaan ekonomi sekarang, kita perlu berjimat cermat. Kalau kita dapat membantu majikan dalam mengurangkan perbelanjaan atau meningkatkan pendapatan sedikit sebanyak, lakukanlah. Mudah-mudahan ada pahala di sisi Allah SWT.