Seperti semester-semester lepas, pengajaran dan pembelajaranku tidak akan sempurna tanpa membawa pelajar-pelajar ke mana-mana institusi kerajaan mahupun swasta bagi tujuan pembelajaran. Semester ini kami melawat ke Iskandar Malaysia di negeri Johor. Ia merupakan sebahagian dari kerja kursus untuk subjek Rural & Regional Planning, SGHL 4533.
Semester lepas di KEJORA, Bandar Penawar, Johor. Semester ini di Johor lagi. Kenapa di Johor aje?
Jawapan yang mudah ialah kerana kita tidak ada wang. Untuk ke KEJORA, kita kena membayar sewa bas UTM (walaupun bas sendiri) sebanyak RM600. Jadi, semester lepas untuk mengelakkan dari membayar sewa bas, pelajar-pelajar membawa kereta sendiri ke KEJORA. Sedih kan?
Sebenarnya untuk ke Iskandar Malaysia, saya telah booked pajero fakulti pada hari khamis lepas. Person incharged kata ok tetapi pagi ni apabila saya pergi ke pejabat untuk mengambil kunci, person incharged belum datang dan saya menyusuli dengan menelefon beliau tetapi tidak diangkatnya.
Not much choice left. So, saya bawalah kereta sendiri dan isikan 3 pelajar ke dalam kereta saya.
Kita faham universiti gawat tetapi janganlah pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar digawatkan juga…
Setakat yang kita boleh tolong, kita tolong aje. Tak adalah nak berkira sangat walaupun universiti sangat berkira untuk memberi markah yang baik dalam e-lppt.
Moga-moga, minyak kereta, wear and tear tayar dan minyak enjin, tiada elaun makan dan lain-lain pengorbanan akan dibalas Allah SWT sebagai sebahagian dari amal soleh saya insyaAllah.
Apapun, keikhlasan itu penting. Biar kecil dan sedikit di mata manusia tetapi begitu besar di pandangan Allah SWT.