Banyak orang terus membuat penilaian apabila dia menemui sesuatu pada kali pertama. Sebab itu ramai daripada kita ingin membuat ‘first impression’ yang terbaik. Kalau baiklah dia atau cantiklah suasana itu maka ia akan terus melekat di kepala. Dan begitulah sebaliknya.
Tetapi seperti kita semua tahu ada perumpamaan yang mengatakan, “Don’t judge the book by its cover”.
Pada hari ini saya ingin bercerita tentang kali pertama saya sampai ke Sibu, Sarawak. Apa yang saya nampak ialah kurangnya kenderaan. Jalan nampak begitu lengang dan sungguh selesa sekali untuk bergerak. Just like UTM during Car Free Day! Mungkin juga kerana hari ini ialah hari cuti umum (Labour day).
Impression kedua yang saya dapat ialah paling ketara banyaknya tempat pinjaman wang berlesen. Kadang-kadang di satu blok bangunan, ada 2-3 kedai yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Bankpun banyak juga. Suasana ini berdekatan dengan kawasan tempat penginapan saya iaitu The Paramount Hotel.
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pun ada. Sesiapa yang ingin tahu pasal AIM, bolehlah Google tengok. Kalau tak silap saya, AIM dipelopori oleh Prof Shukor dari USM beberapa puluh tahun dahulu. AIM menggunakan konsep Grameen Bank di Bangladesh bagi tujuan membantu orang miskin, ‘especially those hardcore poors’.
Jadi, apa yang saya dapat simpulkan dari pandangan pertama tentang Sibu ialah orang Sibu suka atau terpaksa meminjam wang ‘in order for them to survive’.
Mungkin saya salah… and hopefully I can reserve my judgment!
Melihat kepada kedai-kedai makan pula membuatkan saya rasa kurang berselera…
Ada kedai makan bukan Islam tetapi di dalamnya ada seksyen atau ruang untuk makanan Islam. Tidak dinafikan bahawa ada juga kedai makan Islam yang mana tertera nama Kafe Makanan Islam. Walau bagaimanapun, saya hanya makan ‘noodle cup for lunch and dinner’ yang saya beli dari sebuah pasaraya.
Dan yang paling menarik hati saya di Sibu ialah berkenaan parks. Saya amat suka dengan taman yang ada di sini. Terasa macam berada di luar negara. It’s a very big green park behind my hotel. Dari bilik saya juga kelihatan Sg. Rejang yang begitu luas dan dimudiki oleh kapal-kapal yang agak besar saiznya.
Apapun itulah pandangan saya buat pertama kali melihat Sibu.
Akhir sekali harapan saya ialah dengan adanya Bank Islam, Bank Rakyat, Tabung Haji dan Pejabat IKRAM, saya mendoakan mudah-mudahan Sibu akan menjadi sebuah bandar yang bakal membawa rahmat ke seluruh alam, InsyaAllah. Aamiin!