Kau Pergi Diusia Yang Begitu Muda…

“Nak ambik assignment & tengok carrymark boleh jumpa saya. Beritahu kawan2. Tq”, whatsapps aku kepada Aimi, sekitar jam 9.45 pagi tadi. Aimi merupakan salah seorang pelajar subjek Rural and Regional Planning pada semester ini.

“Terima kasih Dr”, balas Aimi.

“Dr, untuk pengetahuan Dr, kami dapat berita berkenaan Jasica Maria meninggal dunia disebabkan terjun bangunan pagi tadi.. tapi berita ini dapat melalui boyfriend dia yang maklumkan kepada kawan kelas..”. “Kami tengah dapatkan info kesahihan”, sambung Aimi lagi. Terkejut beruk aku!

Hari khamis minggu lepas, selepas Hani selesai membuat ‘class presentation’ dan aku juga selesai memberi ‘tips’ apa yang akan keluar di dalam final exam nanti, Jesica menanyakan aku tentang markah ‘course work’nya. Jesica merupakan pelajar pertama yang membuat ‘presentation’ dan menghantar tugasannya.

Aku memberitahunya, “You got 40 out of 50.”

“So, I can get an A”, balasnya pula.

“If you do well in your final, I think so…”, sambung aku lagi.

Aku merasakan peristiwa yang mengejutkan ini perlu dimaklumkan kepada Dekan atau setidak-tidaknya kepada Ketua Jabatan (KJ). Aku terus menghantar whatsapps kepada KJ. KJ berada di Kota Tinggi dan meminta aku menunggu beliau untuk tindakan seterusnya.

Sekembali beliau ke pejabat, KJ mengajak aku ke Rumah Mayat, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Aku akur dengan ajakan beliau walaupun 4 naskah Projek Sarjana Muda (PSM) masih belum disentuh untuk di viva keesokan harinya. Kita orang bawah, kita dapat tahu kadang-kadang ajakan itu adalah arahan!

Kami menaiki Pajero fakulti dan meminta bantuan Musaad sebagai pemandu.

Setelah sampai di Rumah Mayat, HSA, kami dapati beberapa orang abang mangsa sudah berada di sana. Jesica is the only daughter in the family of seven. Di sana juga terdapat seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar (SM) yang menunggu spesimen Jesica untuk dibawa ke Jabatan Kimia untuk pemeriksaan (siasatan).

Daripada apa yang diceritakan, saya dapati Jesica jatuh melalui tingkap di aras 17 sekitar jam 4 pagi. Bagaimana dia boleh jatuh dan sebagainya, saya tidak mahu ‘speculate’? Biar pihak polis sahaja membuat siasatan. Menurut SM setakat ini ada 2 laporan polis; satu daripada boyfriend mangsa dan satu lagi dari pekerja atau pengawal yang menjumpai mayat di aras bawah flat.

Famili Jesica memaklumkan bahawa mereka merancang untuk perkahwinan Jesica dan boyfriendnya di bulan Disember nanti. Saya juga dimaklumkan bahawa Jesica selalu juga ke rumah boyfriendnya di Selesa Jaya apabila hari cuti atau cuti di hujung minggu.

Pada saya, Jesica adalah seorang pelajar yang bijak dan mempunyai PGNK (CGPA) of 3.61. Dengan performance beliau yang baik semester ini, tidak mustahil beliau boleh graduated with a first class degree. Hanya 2 bulan saja lagi semester terakhir beliau akan tamat, tetapi beliau telah pergi buat selama-lamanya.