Alhamdulillah dapat juga beramal di bulan Ramadhan 2017. Tetapi terasa begitu cepat sekali masa berlalu. Tup tap tup tap, dah beraya hari ni…
Ya Allah, Engkau sampaikan lagi daku ke bulan Ramadhan pada tahun depan. Peluang yang Allah berikan pada tahun ini, tidak aku sia-siakan. Bayangkan sahabat-sahabat ku ada yang tak sempat beramal kerana telah awal dijemput pergi menemui Allah Rabbul Jalil.
Aku hanya sempat menghabiskan sekali tadarus al-Quran. Itupun right to the last day of Ramadhan, baru habis! Qiamullail di 10 malam terakhir di Masjid Sultan Ismail, Bandar Dato Onn (BDO). Iftar secara pukalnya di Surau Perjiranan 11. Solat sunat terawih rata-ratanya di Surau Perjiranan 11, BDO.
Solat Subuh setiap hari di MSI, BDO. Dan yang paling istimewa ialah kesemua anak-anakku berada di rumah. Kak Long hanya dapat bercuti di hari raya pertama dan kedua. Hari raya ketiga sudah kembali bertugas di Hospial Pakar Sultanah Fatimah Muar. Antara sebab aku tak balik Kelantan ialah kerana Kak Long hanya dapat bercuti selama 2 hari. Kalau nak balik Kelantan, cuti paling kurang ialah 5 hari, baru selesa dan puas hati. Kalau tidak masa habis dalam jem aja…
Nak kemana-mana tidak dapat elak dari jem. Perlu tahap kesabaran yang paling tinggi untuk melayan kerenah pengguna jalanraya. Kalau tidak sia-sia aje proses tarbiah yang kita lalui di bulan Ramadhan, kalau kita tidak dapat bersabar dan menahan kemarahan. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar.