Kita dilantik tanpa kita melobi untuk mendapatkan jawatan. Kita juga tahu bahawa jawatan ini adalah suatu amanah yang akan ditanya oleh Allah SWT apabila kita menemuiNya nanti.
Amanah yang dipikul bagi memenuhi aspirasi kesemua ahli KUTMB. Saya berazam bersungguh-sungguh untuk membantu menaikkan imej KUTMB dengan meningkatkan pendapatan koperasi dan seterusnya berupaya membayar dividen yang tinggi kepada ahli.
Walaupun ekonomi sekarang tidak begitu baik tetapi marilah kita semua sedaya upaya membantu koperasi kita.
Kepada mereka yang berhutang dengan koperasi, adalah amat baik untuk kita menyelesaikannya. Hutang tidak terbatal buat selama-lamanya tanpa si pemberi hutang menghalalkannya. Kita sewajarnya melunaskan segala hutang piutang sebelum kita pergi dari dunia yang fana ini.
Kita mencuba sedaya upaya untuk memajukan koperasi kita.
KUTMB Koperasi Kita! Jom bantu kita untuk bantu anda.