Suasana solat sunat gerhana bulan malam ini (31/01/2018) di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn. Agak ramai juga yang datang. Program bermula sejak jam 7 petang.
Selepas solat Maghrib, jemaah diberi pengisian berkaitan dengan gerhana bulan dan gerhana matahari oleh Ustaz Najib. Fenomena gerhana bulan pada malam ini juga disentuh.
Solat sunat gerhana dilakukan selepas solat sunat Isya. Jemaah diberi peluang untuk melihat bulan selama 10 minit sebelum solat gerhana bulan dilakukan.
Selepas solat sunat gerhana, ia diteruskan dengan khutbah.
Akhir sekali, jemaah dijamukan dengan nasi lemak ayam dan telor yang siap dibungkus dengan sebotol air mineral.
Banyak sekali program yang diatur di Masjid Sultan Iskandar saban hari. Pagi tadi selepas solat Subuh, kami diberikan penerangan oleh seorang Lt. Kol. berkaitan dengan perkembangan Masjidil Aqsa di Baitul Muqqaddis.
Pada petang esok yakni malam jumaat, biasalah samaada bacaan surah yaasin atau ratib al-Atas selepas solat maghrib di MSI. Dengar-dengar khabar ada orang membuat aqiqah 2 ekor kambing esok. Sesiapa yang teringin untuk makan beriani kambing bolehlah datang ke Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn.