Sekarang untuk memilih jurusan kursus tak sesusah dulu.
Dulu ikut sedap dengar aje, apa yang dipelajari, prospek kerja, semua teka teka aje… Lagipun dulu kerajaan ‘offer’ kita, kalau nak pi oversea, kamu kena ambil bidang ini. So, kita tak ada pilihan…
Sekarang internet ada, guru kaunseling ada, pandai-pandailah pilih jurusan yang sesuai dengan kehendak hati. Apa yang penting, ia mesti menyoronokkan kita untuk belajar dan sudah pasti menyorokkan juga bila kerja nanti.
Kita belajar kerana itu adalah jurusan yang disuruh atau dipilih oleh bapa atau ibu sudah tidak ada lagi. Sudah tidak relevan. You have to choose your own destiny.
Kalau kita pilih kursus engineering, maka kita perlu banyak membuat kira-kira, kalau sains sosial pula kena banyak hafal dan faham. Begitu juga undang-undang (law) & doktor… Ia perlu untuk menghafal.
Yang penting kita seronok belajar…
Tetapi sesetengah daripada kita sudah terbiasa ditunjuk, disuap dan kadang-kadang tidak mampu untuk membuat pilihan dan keputusan sendiri.
Sebenarnya kita banyak suruh orang buat keputusan untuk kita.
Untuk memohon kepada Allah yang tiada hijabpun, kita masih mengharapkan pak imam untuk berdoa untuk kita. Nak masuk syurgapun masih mengharap kepada orang lain untuk membawa kita ke sana. Macam-macam alasan…doa aku Allah tak makbul, doa tok imam, pak ustaz yang disukai Allah Azza Wajalla.
Yang pasti doa pak imam belum pasti Allah makbulkan tetapi budaya kebergantungan kita kepada orang lain bermula dari lahir hingga ke liang lahad.
Bila mati, kita mengharapkan zikir-zikir, doa-doa dari yang masih hidup didermakan kepada kita. Masa kita masih hidup, persiapan tidak dibuat.
Sesetengah orang memanggil budaya tongkat.
Kita faham jika yang menongkat itu anak-anak kita. Memang satu dari 3 perkara untuk penerusan pahala setelah mati adalah doa dari anak-anak yang soleh dan solehah.
Ayuh bangkit, baca dan pelajari sendiri bidang apa yang perlu diambil di peringkat universiti. Jangan biarkan orang lain mengatur hidup kita. Kita sendiri yang perlu menyusun dan merancang hala tuju hidup.