Majlis Penghargaan Hidayah

Majlis Penghargaan Hidayah di M-SUITES pagi ini (1 Mei, 2018). Sungguh banyak jasa mereka, baik Kakitangan Akademik mahupun Kakitangan Bukan Akademik.

Semua dihargai termasuk pengawal sekolah dan tukang sapu. Semua mempunyai peranan masing-masing demi memartabatkan Hidayah di persada dunia.

Semua staf SRIH, SMIH dan SRIH Batu Pahat diraikan.

Sejak penubuhan Hidayah, pelajar-pelajarnya bertebaran ke serata dunia; dalam dan luar negara. Ada ke U.K, USA, Australia, Rusia, New Zealand, Mesir, Jordan, Morocco, Arab Saudi dan sebagainya.

Didoakan Hidayah terus maju, gilang gemilang dan terbilang ke seantero dunia.

UTM Open Day