Orang Panggil TV Tiga Suku Tapi Saya Panggil TV3

Percaturan Kempen di TV 3 sekarang sungguh elok dilihat. Sesi membantai apa jua yang dibuat pihak lawan oleh 2 orang panelis.

Kalau nak dibuat panel perbincanganpun, eloklah dipanggil 2 orang panel yang berbeza pandangan. Baru ‘balance’.

Ini tidak, bola sengaja dilambung tinggi oleh 2 orang moderator kemudian dilipat pula oleh 2 orang panel yang tiada hati untuk memberi ruang untuk masyarakat berfikir.

Geli ada, lucupun ada, kot ya pun tak kan semua yang pihak lawan buat semua tak elok.

Hanya ‘wonder’ jika pihak lawan yang membentuk kerajaan nanti, apa pula rancangan forum propaganda sebelah pihak ini… adakah akan diteruskan?

Para panel begitu gigih membincangkan tentang Tun Mahathir. Takut betul ya pada Tun Mahathir. ‘No wonder’, gambar Tun dipotong, ditampal, dibuang dan sebagainya.

Mungkin TV3 masih tidak hidup di bumi nyata. Masih belum membuat transformasi seperti apa yang masyarakat dan kerajaan inginkan… Berubahlah. Kita sudah jauh dari zaman one way information but now it’s a two ways communication.