PRU14

Peraturan yang dibuat oleh badan yang menganjurkan pilihanraya kadang-kadang agak lucu. Suka hati dialah, nak letak gambar Tengku Abdul Rahman ke, Tun Abdul Razak ke, Tun Hussien Onn ke, Tun Mahathir ke, Tun Abdullah Badawi ke, mak dia ke, bapa dia ke, apa masalahnya?

Selagi dia tidak menjatuhkan martabat atau maruah bekas Perdana Menteri kita, ok aje.

Kita dihiasi dengan poster, billboard, kain rentang, bendera parti di merata-rata dan nampak sungguh meriah. Tetapi jika ada kain rentang yang ada muka yang dipotong maka sudah tidak nampak ceria lagi suasana.

Apa masalah dengan gambar yang tidak boleh berkata-kata, manakala kita punya segalanya; TV, radio yang boleh kita tonjolkan parti kita 24 jam sehari.

Dahlah tak ada ruang dan peluang untuk mereka bersiar di angkasa raya. Benda yang sekecil itupun, kita nak kawal.

Hmm…

Ramai kawan saya yang bertanding, baik di sebelah sana mahupun di sebelah sini. Cuma agak sedih bila padang tak sama rata.

Orang yang menganjurkan pilihanraya ini sebenarnya sedang mengajar rakyat dan masyarakat bahawa It’s ok untuk kita tidak memberi ruang yang sama kepada parti yang bertanding. Pendidikan secara life ini dilihat dan ditelaah dari semua peringkat, kanak-kanak sehinggalah orang tua.

Bila ya, pilihanraya kita akan menjadi matang? Sama-sama kita doakan dan harapkan, insyaAllah.