Kak Long Mendapat Tempat Untuk Berkhidmat Sebagai M.O. Di Hospital Rompin

11 pagi semalam (12 Ogos 2018), kami bergerak ke Kuantan dengan menaiki 2 buah kereta. Aku dengan isteri menaiki keretaku manakala sebuah kereta lagi Achik dengan Kak Long. Kami singgah di rumah anak saudaraku iaitu Muhammad dan isterinya Izzah serta 3 orang anak mereka di Beserah. Seorang anak lagi masih dalam kandungan, baru 5 bulan.

Kami menginap di Amirul’s Guest House, iaitu rumah saudara kepada Izzah untuk satu malam.

Pukul 8 pagi esok (13 Ogos), Kak Long akan mendaftar di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) di Indera Mahkota sebagai Medical Officer (M.O). Dan selepas itu akan dimaklumkan tempat dimana Kak Long akan bertugas. Kami dengan penuh tanda tanya menunggu Kak Long yang melapor diri di tingkat atas. Hanya Kak Long boleh naik, kami terpaksa menunggu di lobby.

Apabila Kak Long datang kembali, beliau memaklumkan bahawa tempat postingnya  ialah di Hospital Rompin.

Di awal pagi tadi, kami makan breakfast nasi berlauk yang ditaja oleh anak saudara Muhammad.

Dari Kuantan kami terus bergerak ke Rompin. Tiba di Rompin sekitar jam 11.22am. Alhamdulillah, kira ia merupakan perjalanan kami untuk pulang ke Johor Bahru juga. Nasib baik, ia tidak ke arah lain seperti ke Jerantut dan sebagainya.

Di Hospital Rompin, kami berjumpa dengan Pengarahnya dan staf-staf yang lain yang nampak begitu suka membantu. Alhamdulillah.

Kami hanya dapat mendoakan supaya Kak Long tabah dan berjaya menunaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin kepada agama, nusa dan bangsa.

Selamat berkhidmat Kak Long! Dan yang paling penting ialah sifat keikhlasan dalam melaksanakan kerja yang diamanahkan kepada kita. Kita buat yang terbaik, insyaAllah.