Qurban Di Sekolah Islam Hidayah 2018

Majlis qurban anjuran bersama PIBG SRIH dan PIBG SMIH di Sekolah Islam Hidayah, Johor Bahru berlangsung pada pagi ini (25 Ogos 2018). Pihak sekolah telah memilih hari tasyrik yang terakhir untuk menjalankan ibadah ini supaya mereka yang pulang bercuti di kampung sempena cuti sekolah sudahpun pulang semula ke rumah masing-masing. Dengan ini, program ibadah qurban akan mendapat sambutan sekurang-kurangnya dari ibubapa pelajar ataupun guru-guru sekolah Hidayah.

Upacara bermula dengan sesi tadzkirah qurban yang disampaikan oleh Ust Kamarul Kalam, disusuli dengan minum pagi. Ia bertempat di tepi kiri Bengkel SMIH, yakni berdekatan dengan asrama pelajar lelaki.

Hanya 5 ekor lembu dilaksanakan qurban di sekolah manakala belasan ekor lagi dilakukan di Kemboja pada tahun ini. Kita melaksanakan qurban ditempat yang lebih memerlukan disamping memberi peluang kepada peserta untuk menginfaq kepada Dana Hidayah. Dengan kata lain, mereka kills two birds with one stone.

Kita mula menyembelih pagi ini lebih kurang pada jam 8 pagi dan selesai keseluruhannya pada jam 10 pagi. Pada tahun lepas, kita menyembelih 7 ekor lembu dan program selesai pada jam 11 pagi. Cuma yang best pada tahun lepas, kita sempat makan sedikit daging qurban goreng bersama lunch.

Dari 5 ekor lembu yang kita sembelih, lembu A menghasilkan 46kg daging, lembu B 57kg, lembu C 47kg, lembu D dan E pula masing-masing 45kg daging. Dengan kata lain, lembu yang kita dapat pada tahun ini agak kecil.

Alhamdulillah, makan tengahari berlaukkan ayam goreng kicap dan sayur boleh dinikmati seawal pada pukul 10 pagi.

Akhir sekali, kita panjatkan doa supaya semua pihak yang terlibat dengan program pada pagi ini mendapat redha Allah dan akhirnya diganjari dengan pahala yang melimpah ruah InsyaAllah.