Program Industrial Engagement UTM – KPLB – Knight Frank di Putrajaya dan Kuala Lumpur dilaksanakan pada hari ini (1 November 2018).
Di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), saya sempat berjumpa dengan bekas pelajar, Azlin Azizan yang menjadi salah seorang ‘besar’ di Kementerian. Azlin merupakan pelajar ‘batch’ pertama lepasan diploma yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dan Pembangunan Tanah.
Kursus ini bermula pada tahun 1996 dan ‘the only’ kursus yang ada di UTM dan tidak di universiti-universiti lain di Malaysia. Lepasan dari kursus ini, mereka berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) atau Pegawai Tadbir Negeri (PTN), pegawai harta tanah Tabung Haji, pegawai-pegawai di bahagian pinjaman Bank, pegawai-pegawai di Pihak Berkuasa Tempatan, berkhidmat dengan pihak pemaju dan lain-lain lagi.
Alhamdulillah di KPLB, KSU Kementerian, Datuk Dr. Ahmad Jailani sempat memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada pelajar-pelajar tahun akhir jurusan Pentadbiran dan Pembangunan Tanah.
Kami seramai 47 orang menaiki sebuah bas dan sebuah van dari Skudai, pada pukul 4.45 pagi tadi. Kami berhenti solat subuh di Machap. Pelajar-pelajar tahun akhir ini adalah mereka yang mengambil matapelajaran ‘Rural and Regional Planning’ dan matapelajaran ‘Corporate Management’.
‘Appointment’ dengan KPLB telah dibuat iaitu pada jam 9am, manakala ‘appointment’ dengan Knight Frank pula pada pukul 2pm.
Pembelajaran secara terus dari sumber adalah penting disamping pembelajaran di dalam kelas. Disamping itu, kita juga memperkenalkan serta ‘menjual’ kursus kita kepada orang luar. Ia merupakan suatu promosi secara tidak langsung…
Setelah seharian berpenat lelah maka pada malamnya kita memberi sedikit hiburan kepada pelajar-pelajar dengan membenarkan mereka melawat ke i-City Shah Alam. Alhamdulillah, kami semua selamat sampai ke kampus UTM Skudai semula pada jam hampir 3 pagi.
Harapan saya kepada mereka iaitu pelajar-pelajar adalah supaya mereka mendapat sedikit ‘exposure’ atau pendedahan dari pihak luar.