Pandangan Berbeza Mengikut Ideologi Politik…

Belanjawan 2019 sudah dibentangkan. Hanya menunggu perbahasan sebelum ia diluluskan. Apa yang paling bagus bagi sesetengah pihak ialah berkenaan pemberian imbuhan RM500 kepada penjawat awam. Bajet yang dibentangkan untuk tahun 2019 tetapi peruntukan diberikan pada tahun 2018! Wow!

Mungkin bajet tahun depan akan diberi imbuhan untuk 2 tahun terus iaitu untuk tahun 2019 dan 2020. Apa taknya, duit-duit rakyat yang diambil oleh mereka yang kurang amanah telah berjaya dikutip semula…

Saya nampak ramai yang komen tentang peruntukan yang diberikan tetapi diatas paksi kaum seperti sekolah cina, sekolah india, sekolah melayu dan sebagainya. Begitu juga yang melihat dalam kerangka agama; sekolah Islam, sekolah kristian dan sebagainya.

Saya tidak ingin komen tentang ini. Masing-masing mempunyai kelayakan tersendiri untuk membuat penilaian.

Cuma yang tak bagusnya, ada sesetengah orang yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka tentang apa jua belanjawan yang dibentangkan. Pada mereka, ‘as long as’ bajet ini dari PH maka semuanya tak bagus. Sebaliknya pula ada yang mengatakan semuanya bagus kerana mereka adalah penyokong tegar PH.

Pada saya kita perlu melihat Belanjawan 2018 secara objektif. Mana yang baik kita sokong, mana yang kurang baik kita menyarankan supaya dibuat penambahbaikan. Lagipun inilah dalam sejarah pihak lawan buat kali pertamanya membentangkan belanjawan mereka. Jangan kita cuba laga-lagakan masyarakat dengan isu-isu agama dan perkauman. Kita tahu isu-isu sebegini amat rapuh dan mampu memporak perandakan negara.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjayakan atau merealisasikan perancangan jangka pendek negara kita ini.