Pulang Ziarah Kakak Buat ‘Operation’

Aku, ummi, abang dan Asmaa bertolak dari JB pukul 9.30pm pada 25hb Oktober setelah selesai segala urusan di Surau Perjiranan 11, Bandar Dato Onn. Lagipun abang perlu memenuhi tanggungjawabnya sebagai imam di surau tersebut. Kami sampai rumah Kak Long di Hospital Rompin lebih kurang pada jam 12.30am, 26hb. Kami tak dapat jumpa Kak Long kerana dia on call. Esok pagi pukul 7 lebih baru dapat jumpa dia. Itupun dia balik mandi kerana pada pukul 8am dia akan masuk balik bertugas.

Kami meneruskan perjalanan ke Pak Su Keropok Lekor di Losong. Kami membeli keropok lekor untuk diberikan kepada adik beradik di Kelantan dengan harga lebih RM100. Kerepok lekor Terengganu memang menjadi kegemaran kami sejak kecil lagi.

Pagi seawal 7am pada 27hb Oktober, dindaku Wan Noor Laili mengajak kami untuk breakfast nasi berlauk ayam kampung di Chabang Empat Tok Mek Ngah. Apa lagi? Terus kami bergerak ke Chabang 4.

Selesai makan pagi, aku ke pasar Chabang Empat untuk membeli beras, gula melaka, buah pauh, beras nasi dagang, buah katak puru (orang Johor memanggil buah Nam-Nam) dan jajan untuk dibawa pulang ke Johor.

Seterusnya aku ke rumah kakak sulongku, Wan Azizah di Palekbang. Kemudian ziarah pula kekandaku, Wan Hasnaniyah yang telah membuat ‘operation’ untuk membuang kanser di dalam perutnya. Sekali harung ziarah kekanda Wan Zaharah yang mana Wan Hasnaniyah berada di rumahnya.

Kemudian, ziarah pula Kak Tie, isteri arwah kekanda Wan Mohd Ghazali dengan membawa ole-ole keropok lekor Terengganu. Kemudian straight ke Kg. Laut untuk membeli 30 bungkus serunding daging.

Pada 28hb. Oktober, seawal 8 pagi kami pergi membeli daging segar di pasar Chabang Tiga, Pengkalan Chepa untuk dibawa pulang ke Johor. Kemudian kami melawat mertua kepada mak saudara kami, Nik Maimun Nik Sulaiman di Penambang iaitu Makcik Sah.

Seterusnya, kami ke pasar Siti Khadijah untuk membeli apa-apa yang patut untuk dibawa pulang ke JB. Antaranya ialah mangga, buah kedondong, ubi badak, telor penyu dan lain-lain.

Kami meneruskan misi menziarahi emak saudara iaitu Che Nab, isteri arwah Nik Mohamad (Ayah Long) di Taman Guru, Pintu Geng.

Kami duduk agak lama di rumah Che Nab dan sempat menyempurnakan solat jamak qasar Zohor dan Asar di Masjid Taman Guru.

Kemudian kami ke rumah emak saudara yang lain pula iaitu Che Yah, isteri arwah Nik Mustapha (Ayah Pa) di Ketereh. Che Yah baru saja uzur berbanding dengan Che Nab yang agak lama sakit.

Akhir sekali untuk hari ini, kami menziarahi pula bapa saudara iaitu Ayah Man (Wan Sulaiman) di Baung, Pengkalan Chepa. Ayah Man telah membuat ‘operation’ membuang semula besi di betisnya kerana ada ‘infection’. Ayah Man sebenarnya telah dipasang besi di betisnya buat beberapa tahun yang lalu kerana mengalami kemalangan.

Di kesempatan ini juga kami dapat berjumpa dengan sepupu kami, Wan Suzaida dan suaminya Dawood (David) yang pulang dari Seattle, Washington untuk menziarahi bapanya, Wan Sulaiman.

Keesokan pagi selepas Subuh, kami bergerak pulang ke JB.

Rasanya kepulangan yang sekejap ini sungguh bermakna sekali kerana banyak perkara yang dilakukan disamping kami juga menemani ibu mertua yang tinggal keseorangan di rumahnya.

Kami amat berharap agar dapat pulang lagi di masa-masa yang akan datang.

Cousin Davidpun mempelawa kami untuk datang ke Washington State. InsyaAllah, mudah-mudahan kami berjaya sampai ke sana lagi. Paling akhir kami berada di USA ialah pada tahun 1988 sejak memulakan pengajian pada tahun 1982 di Language Center of the Pacific, Azusa, California.