Komen Konstruktif vs Komen Destruktif

Saya suka budaya kita yang suka membuat komen konstruktif. Sekarang ini sungguh ramai orang yang membuat komen terbuka. Tidak kira kepada siapa; kepada orang biasa, pembesar negara mahupun anak raja. Dunia yang sudah tiada sempadan dan tiada sekatan untuk kita bersuara. Kebiasaannya, orang politik yang banyak kena komen! Tetapi orang politik, mereka telinga tebal. Cakaplah apapun tetapi bagi mereka biasa aje. Masuk telinga kira keluar telinga kanan.

Tetapi sebaliknya komen yang meruntuhkan, ia tidak memberi apa-apa impak positif bahkan meluntur semangat si penulis. Apa yang mungkin berlaku ialah berkemungkinan si A akan menyaman si B diatas kenyataan yang tidak berasas tersebut. Keterbukaan kita dalam menyatakan pandangan janganlah disalahgunakan.

Ingat masa kita kecil dulu, bukan main cuba nak bercakap Bahasa Inggeris tetapi semangat hanya tinggal semangat kerana diperli oleh rakan sekelas. “Speaking konon!”, “Tak payahlah…bunyi pelat Kelate!”, dan macam-macam komen lagi.

Akhirnya, kita tak berminat lagi untuk bertutur dalam BI.

Di peringkat universiti, saya lihat pelajar-pelajar bukan melayu bercakap dalam BI walaupun nahu dan tatabahasanya tidak betul. Tetapi mereka berani mencuba dan tiada rakan-rakan yang memperlekeh atau meremehkan percakapan mereka.

Pelajar-pelajar tahun akhir membuat pembentangan Projek Sarjana Muda (PSM) mereka dalam BI. Di sini mereka berupaya untuk bertutur dalam BI kerana terpaksa.

Tak pasti pula saya kenapa ‘at this point of time‘ mereka terpaksa membuat pembentangan dalam BI? Apa tujuannya yang sebenar? Kalau untuk memberi keyakinan supaya mereka boleh berbahasa BI sebelum keluar ke alam pekerjaan, pada saya ia tidak mencukupi. Atau bagi tujuan mendera? Ha..ha..ha..

Pada pemerhatian saya, pelajar-pelajar begitu susah untuk membuat Penyataan Masalah kajian mereka bagi menerangkan kepada ahli panel. Apatah lagi apabila ditambah dengan penerangan dalam BI maka kepayahan ini menjadi kesukaran berganda kepada pelajar.

Oleh sebab itu, ada pelajar-pelajar yang menitis air mata (kata lembut bagi menangis) apabila ditanya dan diasak oleh panel tentang kajian yang dibuat. Mungkin saat ini akan menjadi kenangan seumur hidup mereka sepanjang 4 tahun pengajian di peringkat universiti.

Pada saya sepatutnya kita memberi pilihan kepada pelajar samaada ingin membentangkannya dalam BI atau BM kerana paksaan yang SEKALI sahaja tidak kemana dan tidak akan memberi impak yang positif untuk mereka terus berjaya membentangkan kertas kerja dalam BI di alam pekerjaan nanti.

Jadi, apakah langkah-langkah yang sesuai untuk memahirkan mereka untuk membentang kertas kerja dalam BI? Antaranya ialah dengan membuka ruang kepada pelajar supaya mereka boleh membentangkan tugasan matapelajaran mereka dalam BI sejak dari tahun pertama jika mereka mampu dan mungkin memberi sedikit insentif seperti penambahan 2 atau 3 markah.

Latihan yang berterusan dari tahun 1 adalah lebih efektif berbanding dengan kita hanya mewajibkan mereka pada semester terakhir di universiti.

Satu lagi bahasa ini ia perlu kepada latihan. Kalau kita belajar tetapi tidak mempraktikkannya maka sia-sialah pembelajaran kita. Mat Salleh kata, ‘Practice makes perfect’.

Teringat saya semasa membuat first degree di USA dulu. Saya mengambil satu subjek foreign language iaitu Bahasa Jerman. Dua semester saya mempelajarinya. Alhamdulillah saya mendapat A bagi kedua-dua semester tersebut. Tetapi sekarang setelah lebih 30 tahun berlalu, hanya bait-bait tertentu yang masih terlekat di kepala seperti Guten Morgen, Guten Nach, Danke Schon, Was ist your nama? dan beberapa potong ayat lagi. Bahasa kita mudah lupa apabila tidak menggunakannya…

Speak Your Mind

*