Projek Persatuan Penduduk Perjiranan 11, BDO

Projek Corporate Social Responsibility (CSR) Persatuan Penduduk Perjiranan 11, Bandar Dato Onn, Johor Bahru berlangsung di 8 buah sekolah pada tahun ini. Ini adalah program yang dilaksanakan saban tahun sejak 2 tahun yang lalu.

Kami mengagihkan kasut, stokin, fail dan alatulis kepada murid-murid yang kurang berkemampuan pada hari semalam (18 November) dan hari ini (19 November).

Di awalnya kita membuka peluang untuk penduduk perjiranan kami dan orang luar untuk menginfaq RM30 untuk satu lot. Walau bagaimanapun sumbangan tidak dihadkan. Sesiapa sahaja boleh menderma semampu dan sebanyak yang mungkin.

Objektif projek ini adalah seperti berikut; untuk mengumpul sumbangan kasut sekolah untuk pelajar yang kurang berkemampuan; menghidupkan nilai-nilai murni seperti suka membantu, saling menghormati serta berkasih sayang dalam masyarakat; dan menyediakan platform untuk membantu mereka yang memerlukan di kawasan kediaman kita.

Sekolah-sekolah yang terlibat sepanjang semalam dan hari ini adalah SK Taman Daya 3 (44 orang murid), SK Taman Daya 2 (50 orang murid), SM Pendidikan Khas Vokasional, Bandar Indahpura, Kulai (31 orang pelajar), SK Kangkar Tebrau (73 orang murid), SK Bukit Mutiara (74 orang murid), SK Taman Daya (44 orang murid), SJK Tamil Ladang Tebrau (74 pasang) dan SK Maju Jaya (60 orang murid).

Seramai 102 orang telah menderma untuk 450 buah pasang kasut. Jumlah keseluruhan wang yang dipungut adalah lebih dari RM13,500.

Harga sepasang kasut tidak sampaipun RM30. Oleh itu, AJK Program bagi pihak PPP11 telah membeli juga stokin dan alatulis bagi menggenapkan wang berharga RM30.

Tujuan penulisan ini dibuat adalah untuk mengajak masyarakat lain untuk turut sama membantu jiran-jiran kita yang memerlukan. Janganlah kita mengharapkan bantuan dari pihak kerajaan semata-mata. Ramai di kalangan kita yang boleh dan sanggup untuk melaksanakan program seumpama ini.

Tangan yang di atas adalah lebih mulia dari tangan yang di bawah…

Speak Your Mind

*