Kerja ‘Outstation’ Selama 8 hari…

Bengkel Perancangan Strategik Fakulti Alam Bina & Ukur (FABU) berlangsung pada 13 – 15 Dec 2018 di Amverton Heritage Hotel, Melaka. Ramai yang berkumpul di sini hari ini. Inilah julung-julung kalinya, kita mengadakan bengkel setelah Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah (FGHT), dan Fakulti Alam Bina (FAB) disatukan pada bulan Julai yang lalu.

Sungguhpun lokasi FGHT dan FAB hanya sebelah menyebelah tetapi masih ramai antara kita yang belum kenal mengenali antara satu sama lain.

Aku telah dilantik sebagai Pengerusi kepada Badan Kebajikan Fakulti Alam Bina & Ukur (AKRAB) sejak 1 November 2018. Nampaknya banyaklah kerja yang perlu dibuat untuk mengintegrasikan rakan-rakan FGHT dan FAB. Kami juga telah melantik lebih kurang 30 AJK untuk melicinkan program-program yang akan dijalankan nanti.

Sebelum bengkel strategik ini, saya sudah lama keluar dari rumah iaitu sejak 7hb. Disember lagi kerana ada kelas master pesisir di UTM KL pada 8 – 9hb. Disember. Ini adalah kelas terakhir sebelum ‘final exam’. Pelajar-pelajar diminta untuk membentangkan tugasan mereka yang bertajuk “Ke arah Penambahbaikan Program Car Free Day UTM”. Saya juga berkesempatan untuk memberikan ‘tips’ tentang kemungkinan tajuk yang bakal ditanya dalam Peperiksaan Akhir nanti.

Selesai kelas kemudian saya menghadiri konferens internasional SIMPI di Everly Hotel Putrajaya dari 10 – 12hb Disember. Saya juga sebagai AJK SIMPI 2018 yang dihadiri peserta-peserta dari Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Dan hari ini berada di Amverton Heritage Resort dalam usaha membantu FABU merencana perancangan strategik. InsyaAllah pada 15hb. Disember, baru dapat pulang ke Bandar Dato’ Onn dan berada di UTM Johor Bahru pada 16hb. Disember.

Sekarang ini, program-program yang dihadiri semuanya menggunakan duit sendiri. Dari tiga program yang saya nyatakan di atas, hanya program pengajaran kelas master pesisir yang dibayar. Dua program lagi iaitu SIMPI 2018 dan ‘Strategic Planning’, perbelanjaannya adalah keluar dari poket sendiri. Cuma penginapan untuk Perancangan Strategik disediakan. Pengangkutan adalah sendirian berhad.

Terdengar juga ura-ura katanya penginapan untuk SIMPI 2018 akan dibayar oleh pihak sekretariat. Kalau betul, baguslah. Kita hanya tanggung duit minyak dan tol saja.

Zaman sekarang tidak seperti zaman dulu. Zaman dulu semua boleh ‘claim’. Sekarang adalah masa untuk infaq balik kepada kerajaan.

Mungkin kita dahulu terlebih tuntut atau tidak melakukan kerja sebaik mungkin. Maka sekarang kita cuba sucikan balik segala harta kita. Alhamdulillah, Allah masih memberi kita peluang untuk berbuat demikian.

Speak Your Mind

*